ICT Niaga Enterprise

Facebook, Whatsapp dan Instagram pulih dalam masa enam jam

 


Gangguan perkhidmatan ketiga-tiga gergasi media sosial iaitu Facebook, WhatsApp dan Instagram sudah kembali pulih selepas enam jam.

Pengendali ketiga-tiga aplikasi berkenaan mengambil masa sekitar enam jam untuk memulihkan gangguan dan berdasarkan beberapa laporan, ia adalah antara tempoh gangguan paling lama pernah direkodkan.

Menerusi ciapan daripada akaun rasmi WhatsApp di Twitter menyatakan bahawa perkhidmatan itu sudah pulih secara berperingkat selepas menghadapi gangguan lewat malam semalam.

Ciapan itu juga menyatakan bahawa pihak pengendali sedang melaksanakan fasa pemulihan secara berperingkat dengan berhati-hati.

"“Thanks to the patience of the users and now, the WhatsApp functionality is in the process of being restored. "We will provide an update on these recovery measures," katanya menerusi ciapan di Twitter.

Sekitar jam 6 pagi tadi, perkhidmatan ketiga-tiga aplikasi berkenaan dilihat sudah pulih seperti sediakala selepas menghadapi gangguan.

Bagaimanapun, pengendali aplikasi berkenaan tidak menyatakan punca gangguan itu berlaku.


Kredit : hmetro.com.my

Facebook, Whatsapp dan Instagram alami gangguan - 5 Oktober 2021

Facebook, Whatsapp dan Instagram kelihatan ketika ini mengalami masalah sehingga membuatkan para pengguna media sosial berpindah ke Twitter untuk membangkitkan permasalahan berkenaan.

Hasil pemerhatian mendapati, mesej WhatsApp tidak dapat dikirim dan diterima, manakala pautan Facebook dan Instagram juga mengalami nasalah capaian, serta tidak boleh dibuka seperti biasa.

Sebilangan akaun Facebook memaparkan pesanan yang menyatakan : “Sorry, something went wrong. We are working on it and we will fix it as soon as possible ”

Setakat ini tidak ada pengumuman mengenai status aplikasi ini di laman Twitter rasmi mereka.

Disebabkan masalah yang melanda rangkaian perkhidmatan berkaitan Facebook, landasan Twitter menjadi alternatif bagi menyampaikan aduan dengan dibanjiri pertanyaan mengenai perkara itu, yang dilihat dialami oleh pengguna sedunia.



Galah dan booster penyelesaian sementara untuk kualiti capaian internet

Capaian internet yang tidak stabil mendorong penduduk di beberapa buah kampung di Teluk Intan, Perak menggunakan ‘booster’ yang dipasang pada galah panjang atau batang pencantas pelepah kelapa sawit untuk menambah kekuatan isyarat.

Penduduk berkata, mereka tiada pilihan selain menggunakan cara itu disebabkan capaian internet yang lemah sehingga menjejaskan anak-anak mereka untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Galah sehingga ada yang mencecah ketinggian 40 kaki itu banyak banyak digunakan di Kampung Sungai Samak, Sungai Manila, Sungai Bugis dan Bagan Lalang di sini.

Ketua Kampung Sungai Samak, Ahmad Hilmi Yunus, 56, berkata, masalah capaian internet yang lemah sudah lama dialami penduduk sehingga menyukarkan komunikasi mereka.

Menurutnya, selain untuk PdPR, keadaan itu juga menyukarkan mereka untuk berhubung jika berlaku kecemasan.

“Untuk memasang alat ini, kosnya agak tinggi juga, namun kami tiada pilihan kerana ca­paian internet di sini lemah.

“Apatah lagi sekarang pelajar belajar secara dalam talian, sudah tentu mereka perlukan capaian internet yang stabil,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Katanya, pemasangan booster pada galah atau batang pencantas pelepah kelapa sawit juga mempunyai risiko kerana ia boleh tumbang jika angin kuat.

“Saya wakil penduduk empat kampung di sini berharap pihak yang berkenaan datang melihat keadaan kami yang berdepan masalah internet.

“Ini menyebabkan boleh dikatakan setiap rumah di sini ada sebatang galah dipasang booster untuk kami mendapatkan capaian internet,” katanya.

Seorang pelajar, Muhammad Ali Fiqri Parmen, 19, berkata, dia perlukan capaian internet yang stabil untuk mengikuti sesi PdPR.

“Jika kami tidak menggunakan cara sekarang bagi mendapatkan internet, macam mana kami mahu mengikuti PdPR,” katanya.

Pelajar lain, Muhammad Istikom, 18, berkata, masalah itu sudah dialami sejak sekian lama dan keadaannya tidak bertambah baik.

“Saya minat untuk belajar, tapi disebabkan Covid-19 terpaksa belajar di rumah. Jika tiada internet macam mana saya nak belajar,” katanya.

Kredit : Utusan Malaysia.

* ada lagi tak timbalan menteri nak kata mereka menipu tentang kualiti capaian internet ? 😏🤷🤔

Didi & Friends dapat kerja dari Shopee

 


Credit to : Shopee & Didi and Friends

Tak sangka Didi & Friends akan digunakan untuk promosi jualan dalam talian. 😅🤭

Pihak Shopee menggunakan populariti animasi Didi & Friends untuk mempromosikan jualan tarikh istimewa iaitu 11 November 2020.

Namun diminta rakyat di negara ini tidak terlalu ghairah membuat pembelian melulu tanpa kajian atau pemerhatian teliti. Pastikan harga jualan yang kononnya diberi diskaun itu benar-benar harga yang dikurangkan kerana ada kemungkinan peniaga di Shopee atau Lazada menaikkan harga dan kembali menurunkannya ke harga asal (memberi illusi seolah-olah telah diberi diskaun padahal ia kembali ke harga asal).

Belilah apa yang betul-betul perlu dan beli barangan yang boleh dijadikan hobi bermanfaat tatkala kita berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Video iklan yang melibatkan watak dalam siri animasi Didi & friends :




Cara untuk elak jadi mangsa scam di Shopee



Pada tarikh 27 Februari 2019, laman web mStar online pernah menyiarkan artikel berkenaan dengan pihak pengendali laman web jualbeli di internet iaitu Shopee berterima kasih kepada pelanggan yang membongkarkan penipuan (scammer) yang menjual televisyen pintar. 

Pelanggan berkenaan hampir kerugian lebih kurang RM1500.00, namun pihak Shopee telah mengembalikan wang pembayaran kepada pelanggan berkenaan serta telah menutup akaun penjual penipu (scammer) itu.

Antara langkah lain yang telah diambil Shopee termasuk menubuhkan pasukan anti-penipuan khas untuk mengesan sebarang aktiviti mencurigakan di platform itu. Malah, pihaknya juga tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang aktiviti penipuan melibatkan pengguna. 

Shopee juga mengambil satu langkah untuk membantu pengguna mengenal pasti penjual bereputasi tinggi dengan memilih Shopee Preferred Sellers (Peniaga Pilihan Shopee). 

Status ini hanya diberikan kepada penjual aktif dengan penarafan gedung yang tinggi, yang telah menyempurnakan sejumlah besar transaksi dan menyediakan perkhidmatan pelanggan yang baik. 


Berikut adalah video pendapat dari Youtube channel Monaliza berkenaan dengan cara untuk elakkan diri dari menjadi mangsa penipuan di laman web pembelian dalam talian, Shopee :


 

Pesanan saya

* sama ada anda pengguna aplikasi Shopee, Lazada atau apa sahaja jenama, pastikan anda mempunyai bukti yang sahih dan mencukupi seperti screenshot bukti tempahan, bukti pembayaran dan bukti mesej-mesej chat atau perbualan dengan penjual peniaga atau penjual palsu berkenaan.

* jangan buat laporan palsu, nanti anda mungkin dikenakan tindakan undang-undang.

* periksa dahulu kualiti barang sebelum anda klik butang "received" (butang untuk pengesahan penerimaan barang).

* kenalpasti masalah sebenar anda sebelum membuat laporan, sama ada laporan untuk membuat penukaran barangan, laporan untuk pengembalian bayaran atau laporan penipuan oleh penjual.

Wifi awam berbahaya digunakan untuk urusan bank

 

AWAS setiap kali pengguna melakukan sambungan internet menerusi jaringan tanpa wayar (WiFi) awam (Public WiFi) kerana ia mungkin sambungan ‘pendua’ yang sengaja dicipta penggodam untuk mendapatkan data peribadi pengguna termasuk maklumat perbankan.

Jika anda gemar melakukan transaksi perbankan tanpa menyemak sambungan internet terutamanya sambungan WiFi awam, ada kemungkinan penggodam sudah mengetahui kata laluan serta maklumat sensitif pengguna untuk dieksploitasi demi mendapatkan wang dengan cara paling mudah.

Pengguna kebiasaannya tidak mengetahui sambungan internet awam itu asli ataupun sambungan pendua memandangkan penggodam mencipta jaringan itu yang mirip dengan WiFi awam sedia ada termasuk menggunakan nama umum seperti Free Public Wifi, Free Kafe Wifi dan beberapa nama lain.

Hasilnya, tatkala peranti pintar pengguna sudah disambungkan menerusi WiFi awam itu, penggodam mempunyai akses pintu belakang (back door) untuk merakam transaksi perbankan, malah berupaya melihat data sensitif tersimpan di dalam peranti.

Penggodam juga berupaya mengetahui alamat e-mel pengguna, kata laluan perbankan, nombor kad kredit dan akses kepada storan peranti pengguna.

Mencipta WiFi awam pendua begitu mudah dan ia dilakukan kurang 120 saat dan data peribadi seseorang bertukar tangan tanpa sedar jika pengguna tidak prihatin berhubung sambungan Internet digunakan.

Lokasinya tidak terhad kerana boleh dilakukan di mana saja khusus kepada tempat tumpuan umum seperti kafe, lapangan terbang, stesen kereta api dan sebagainya.

Penggodam hanya memerlukan penghala (router) dengan sambungan Internet dan sebuah komputer riba untuk melakukan rakaman interaksi (hand-shake) antara peranti mangsa dan komputer riba penggodam.

Selepas itu, setiap pergerakan elektronik pengguna sepanjang menggunakan sambungan itu dirakam termasuk laman web yang digunakan, akses maklumat kepada kenalan dalam peranti dan fail yang disimpan.

Pakar keselamatan siber, Fong Choong Fook berkata, penggodam kebiasaannya menyasarkan pengguna yang membuka laman web perbankan elektronik untuk mendapatkan data sebelum digunakan untuk kepentingan peribadi.

Menurutnya, menerusi sistem WiFi dicipta penggodam, semua maklumat termasuk kata laluan boleh diperoleh dengan mudah tanpa disedari pemilik akaun sehingga menyedari baki wang di dalam akaun berkurangan.

“Penggodam boleh menyamar sebagai pelanggan atau pengunjung sesebuah lokasi sebelum mencipta WiFi yang menggunakan nama yang sama dengan premis yang disasarkan tanpa disedari.

“Alatan penghala boleh disimpan di dalam beg penggodam tanpa disedari sesiapa dan pengunjung yang disasarkan pula tidak sedar sambungan Internet mereka sebenarnya WiFi pendua yang khusus dicipta untuk ‘menggali’ data sesiapa saja pengguna yang melakukan sambungan kepada jaringan terbabit.

“Kaedah itu digunakan untuk mengetahui maklumat laman sosial seseorang dan tidak hairan akaun mangsa digunakan untuk memuat naik sesuatu status pelik,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif LE Global Services Sdn Bhd (LGMS), berkata buat masa ini penggodam dilihat lebih cenderung mendapatkan kata laluan untuk perbankan elektronik kerana mampu mengaut keuntungan dengan mudah dan cepat apabila wang dapat digunakan dengan mudah.

Katanya, pada masa akan datang penggodam mampu menggodam sistem dan dokumen rahsia sesebuah organisasi termasuk kerajaan jika sekuriti rangkaian internet tidak dipertingkat.

“Penggodam kini semakin maju dan ia jenayah terancang dilakukan individu untuk mencapai sesuatu matlamat dengan hanya menggodam sistem dan mendapatkan kata laluan.

“Ia nampak ringkas, tetapi kesannya besar seperti yang berlaku kepada beberapa syarikat terkemuka apabila sistem mereka digodam sebelum sejumlah wang diminta untuk memulihkan semula sistem,” katanya.



Kredit : My Metro

Lima ciri unik iPhone 12

APPLE telah melancarkan model iPhone terbaharunya, iaitu iPhone 12 dengan reka bentuk serba baharu dan sokongan rangkaian tanpa wayar 5G. 

Turut dilancarkan ialah HomePod mini, versi pembesar suara pintar HomePod yang lebih kecil dengan harga lebih berpatutan.

Mari kita lihat lima pengumuman menarik dari acara pelancaran tersebut.

1. iPhone 12 mempunyai reka bentuk dengan bahagian tepi yang rata, sama seperti iPhone model 4 dan 5. iPhone dengan saiz 6.1 inci (standard) mempunyai dua kamera belakang, dan kedua-duanya dilengkapi night mode.

2. iPhone 12 memiliki "ceramic shield" yang menurut Apple, menjadikan skrinnya lebih tahan lasak.

3. iPhone 12 mempunyai model yang lebih kecil, iaitu iPhone 12 mini, dengan saiz skrin 5.4 inci namun memiliki spesifikasi seperti iPhone 12 dengan saiz standard.

4. Dua lagi model dalam siri iPhone 12 ialah Pro dan Pro Max. Berikut adalah pecahan cirinya :

- iPhone 12 Pro bersaiz 6.1 inci mempunyai tiga kamera belakang dengan kebolehan autofocus dalam cahaya rendah serta teknologi LiDAR (pengesanan cahaya dan jarak).

- iPhone 12 Pro Max merupakan iPhone dengan saiz terbesar. Pro Max mempunyai skrin bersaiz 6.7 inci, tiga kamera belakang dengan julat zoom optik 5kali antara tiga lensa kameranya.

5. Siri iPhone 12 tidak dilengkapi pengecas dinding (wall charger) atau Lightning EarPods. Apple memaklumkan ini adalah langkah untuk mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar. Ia bagaimanapun dibekalkan bersama kabel USB-C to Lightning. 

Apple juga merancang untuk tidak membekalkan kedua-dua aksesori berkenaan dari model iPhone yang lain di masa depan.

Berikut adalah senarai harga seperti yang diumumkan Apple. Harga dalam Ringgit Malaysia (RM) ialah jangkaan mengikut kadar pertukaran :

iPhone 12 Mini - AS$699 (RM 2,895)

iPhone 12 - AS$799 (RM 3,309)

iPhone 12 Pro - AS$999 (RM 4,137)

iPhone 12 Pro Max - AS$1,099 (RM 4,552)


KREDIT : Madiha Abdullah

RM99 , harga pengecas iPhone 12


 

Bagi mengurangkan pencemaran, longgokan sampah elektronik dan impak ke atas alam sekitar Apple tidak lagi menyertakan pengecas serta fon kepala dengan setiap pembelian peranti. Apple mengambil inspirasi dari Xiaomi untuk tidak menyertakan dua aksesori yang dahulunya dirasakan perlu disertakan dengan setiap pembelian.

Jika anda bercadang untuk membeli iPhone 12, anda perlu membayar RM99 bagi mendapatkan pengecasan pantas 20W. Pengecas 18W yang sebelum ini dijual pada harga RM149 tidak lagi ditawarkan. Memandangkan kabel USB-C ke Lighthing sahaja diberikan dengan setiap pembelian iPhone 12, ini sahaja aksesori rasmi yang boleh anda beli pada waktu ini.

Selain digunakan pada iPhone 12, pengecas yang sama turut boleh digunakan pada iPhone 11, XS, SE, XR, 8, X, iPad Gen 8 dan iPad Air 2020. Apple walau bagaimanapun menyertakan pengecas ini dengan setiap pembelian tablet terkini dan iPhone 11 Pro tahun lalu.


Sumber : APPLE

Kredit : amanz.my

Menempah inap desa tapi yang dapat tanah perkuburan

Gambar hiasan
[ gambar hiasan ]

Hasrat hati mahu bercuti bersama keluarga dan rakan di inap desa, namun ia 'berakhir' di tanah kubur.

Itu pengalaman perit dilalui seorang operator kilang, Azmeer Idham Kamaruzaman, 29, yang diperdaya 'scammer' ketika merancang mengadakan hari keluarga di Port Dickson, Negeri Sembilan, pada 7 November depan.

Azmeer Idham pada mulanya memuat naik status mencari inap desa dalam beberapa kumpulan percutian di Facebook (FB), sebelum menerima mesej daripada seorang wanita memaklumkan mengenai inap desa yang dilengkapi kolam renang di Teluk Kemang, berharga RM800 semalam.

Wanita itu kemudian meminta deposit RM300 dan dia bersetuju untuk membayarnya selepas melihat beberapa maklum balas di FB miliknya.

"Beberapa hari kemudian, saya diminta menambah RM200 dan jika saya tidak menjelaskan bayaran itu, duit RM300 yang dibayar sebelum ini dikira 'hangus'. Kerana enggan kerugian, saya bayar RM200 sebelum meminta lokasi inap desa itu dan wanita terbabit memberikan satu alamat," katanya.

Atas rasa ingin tahu, Azmeer Idham yang menetap di Rembau, tergerak hati meninjau sendiri inap desa itu dua minggu lalu memandangkan perjalanan dari rumahnya di Rembau ke Teluk Kemang hanya mengambil masa kira-kira 30 minit.

"Saya tiba di lokasi yang diberikan wanita itu kira-kira jam 9 malam dan terkejut apabila mendapati ia adalah kawasan tanah perkuburan. Apabila dihubungi, wanita itu memberi pelbagai alasan dan enggan berjumpa sebelum komunikasi terputus. Selepas itu saya tidak lagi dapat menghubunginya," katanya.

Ditanya tindakannya selepas ditipu, Azmeer Idham memberitahu hanya menguar-uar penipuan itu di beberapa kumpulan percutian dan inap desa di FB.

"Saya tidak pasti sama ada mahu melaporkan kes itu pada polis atau tidak kerana sebelum ini, adik saya pernah membuat laporan polis apabila ditipu hingga kerugian RM800, namun sehingga kini tiada tindakan lanjut," katanya.

Bagi peniaga dalam talian yang hanya mahu dikenali sebagai Nick, dia turut melalui pengalaman sama apabila ditipu ketika membuat tempahan penginapan dalam talian untuk bercuti di Pulau Pinang pada 24 September lalu menyebabkannya kerugian RM200.

Lebih memburukkan keadaan, Nick, 36, hanya menyedari ditipu apabila dia dan 11 anggota keluarganya yang menetap di Kelantan, tiba di Pulau Pinang.

"Pada mulanya saya membayar deposit RM200, sebelum diminta membuat bayaran penuh RM800 tetapi saya tegaskan akan membuat bayaran penuh apabila tiba di inap desa menyebabkan dia berjanji akan memberikan kunci apabila tiba di lokasi.

"Apabila tiba di Pulau Pinang dari Kelantan, saya menghubungi orang itu menerusi WhatsApp namun tiada balasan. Kami terpaksa mencari penginapan lain dan mujurlah terjumpa inap desa yang ada kekosongan untuk 12 orang," katanya.

Sementara itu, pemilik inap desa di Kuala Terengganu, Dr Fazlli Patkar, berkata gambar inap desanya pernah digunakan penipu untuk mengumpan dan memperdaya mangsa.

"Saya menyedari perkara itu apabila ada dua kumpulan tetamu tiba di rumah inap saya pada hari yang sama. Satu kumpulan tetamu itu memaklumkan sudah membayar deposit kepada seseorang yang mengiklankan inap desa saya. Dia cuba hubungi individu itu, namun tidak berjawab," katanya.

Fazlli berkata, sekurang-kurangnya lima individu menghubunginya memaklumkan turut ditipu scammer ketika mahu membuat tempahan penginapan dalam talian dan dia yakin lebih ramai yang menjadi mangsa penipuan berkenaan.

Ditanya sama ada membuat laporan pada polis atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Fazlli berkata, kesnya tidak kukuh jika dilaporkan kerana tidak membabitkan kerugian di pihaknya.

"Mangsa ditipu kena laporkan pada polis. Itu lebih kukuh kerana ia membabitkan kerugian pada pihak mereka. Saya harap semua yang menjadi mangsa tampil melaporkan kepada polis," katanya.


Kredit : BH Online

Belajar komputer di rumah

| Posted in


Bagi tahun 2020 ini, pihak Kelas Belajar Komputer Dan ICT menawarkan sesi pembelajaran kursus secara "personal coaching" di rumah. 

Ianya khas untuk anda yang ingin belajar di dalam keselesaan rumah sendiri. Pengajar dan penganjur (Ahmad Zaki) akan datang ke rumah anda yang berada di kawasan tertentu sahaja sekitar Melaka, Selangor dan Kuala Lumpur.

Kursus jangka pendek yang ditawarkan melalui kaedah ini ialah :

Kursus Asas Komputer 
( kurang atau 6 jam - RM250 untuk kawasan Melaka ATAU RM280 bagi kawasan Selangor & Kuala Lumpur )

Kursus Bina & Selenggara Blog
( kurang atau 6 jam - RM250 untuk kawasan Melaka ATAU RM280 bagi kawasan Selangor & Kuala Lumpur )

Deposit RM100.00 perlu dibayar terlebih dahulu lebih awal sebelum tiba tarikh kursus. Sijil penyertaan akan diberi.

Komputer peribadi atau laptop disediakan oleh peserta sendiri.

Segala urusan harusnya melalui mesej Whatsapp agar segala bukti pembayaran dapat direkodkan.

KLIK ----» https://belajarkomputer.wasap.my untuk menghantar mesej melalui Whatsapp

Berikut merupakan cara-cara bagi menempah (membuat bayaran deposit yuran) untuk sesi belajar kursus-kursus jangka pendek yang dianjurkan dalam program Kelas Belajar Komputer Dan ICT

1) Pilih tarikh yang diinginkan.

2) Kemudian maklumkan pada penganjur / pengajar (Zaki), AWAL DUA HARI dari tarikh yang dipilih agar memudahkan pengaturan jadual.

3) Sekiranya jarak lokasi rumah peserta berbaloi untuk pengajar datang, serta tarikh berkenaan ada kekosongan, maka bakal peserta boleh membuat pembayaran tempahan (RM100.00) dengan segera bagi "cop kan" tarikh berkenaan hanya untuk peserta itu sahaja.

4) Setelah pembayaran tempahan dibuat, kemukakan gambar slip bank berkenaan pada whatsapp (Ol03400234) beserta dengan NAMA PENUH & NOMBOR KAD PENGENALAN (untuk dicetak pada sijil penyertaan).

5) Kursus bermula pada tarikh dan waktu yang dipilih dan peserta membuat pembayaran baki yuran pada hari berkenaan.

MyCar adalah pengangkutan rasmi bagi Tahun Melawat Malaysia 2020

| Posted in



MyCar telah dipilih oleh Kementerian Pelancongan dan Seni Budaya sebagai Rakan Pengangkutan Strategik bagi Tahun Melawat Malaysia 2020.

Kini, rakyat atau pelancong di Malaysia boleh menggunakan MyCar untuk kemana-mana destinasi di dalam Malaysia dan dapatkan diskaun RM 2 untuk tambang sehala dengan menggunakan kod promo MYVM2020 .

MyCar, aplikasi inovasi Malaysia untuk semua!

*Penebusan kod promo adalah terhad setiap hari .

#mycar #mycarmalaysia #ehailing #MYVM2020 #tourismmalaysia
#tahunmelawatmalaysia2020


MyCar - A free mobile app to book a ride now or reserve one in seconds. Get it here: App Store https://apple.co/2DgmhC8 or Google Play https://goo.gl/uFGNF1

Promosi ONEXOX Black : B39 Plus 20 di Tanjung Rimau Dalam

| Posted in



ONEXOX Black (semua baki data, minit dan sms automatik carry forward selama-lamanya selagi akaun aktif)

Pakej B39 Plus 20 (RM59.00 bulanan) ini didatangkan dengan "unlimited call" kepada semua rangkaian.

Penduduk di sekitar Kampung Tanjung Rimau Dalam, Gadek, Padang Sebang, Pulau Sebang Dan Tampin boleh berurusan dengan ICT Niaga Enterprise until mendapatkan pakej ini.

Klik ----» https://wa.me/60123123705 untuk buat temujanji melalui Whatsapp

#onexoxblack
#onexoxkampungtanjungrimaudalam #alorgajahmelaka
#onexoxb39plus20

Apple tawar gantian PERCUMA bateri iPhone

| Posted in ,


Apple baru-baru ini telah mengeluarkan surat permohonan maaf kepada pelanggan-pelanggannya atas sebab “salah faham” berkenaan masalah iPhone lama yang menjadi lembab. Berdasarkan pengakuan Apple sebelum ini, tindakan menjadikan iPhone lama menjadi lemah prestasinya adalah disebabkan faktor mengawal tahap penggunaan bateri peranti terbabit.

Di dalam kenyataan surat berkenaan, pihak Apple menyatakan bateri merupakan “komponen guna habis” (consumable part). Atas sebab itu, Apple menawarkan pemilik-pemilik iPhone 6 dan ke atas, penggantian bateri dengan kos $29 (lebih kurang RM117) bermula lewat Januari 2018 hingga penghujung Disember 2018. Kos ini merupakan pengurangan dari kos asalnya yang sebelum ini ditetapkan pada $50 (lebih kurang RM203).

Apple juga turut berjanji untuk menambahkan fungsi memaparkan info berkenaan prestasi bateri di dalam kemaskini iOS awal 2018 kelak. Paparan info ini bertujuan memberikan pengetahuan kepada pengguna berkenaan sejauh mana tahap bateri telefon pintar tersebut mampu menyokong prestasi maksimumnya.

Pemakluman ini merupakan satu perubahan yang besar terhadap pandangan Apple pada bateri iPhone. Sedekad yang lalu, Apple menyatakan bahawa pengguna-pengguna iPhone tidak perlu menggantikan bateri telefon pintar masing-masing.

Namun begitu, sebahagian pengguna-pengguna iPhone selama ini telah mengesyaki bahawa Apple memang sengaja memperlahankan prestasi iPhone lama bagi menggalakkan penggunanya membeli iPhone baru. Lantas, pengakuan terbuka dari Apple ini telah menguatkan lagi rasa curiga sebahagian penggunanya.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan buruk padahnya. Tindakan dari Apple ini yang tidak berterus terang dari awal lagi sedikit sebanyak menghakis kepercayaan pengguna terhadap jenamanya. Walaupun Apple sedang berusaha memulihkan kembali keadaan, masa untuk mengembalikan kepercayaan ini tidak mampu dicapai dalam waktu yang singkat.

Sumber berita diperoleh dari Ars Technica
Terjemahan dari AAP

Sistem Operasi 32-bit dan 64-bit

| Posted in ,



Dunia perkomputeran semasa telah berganjak ke era 64-bit semenjak beberapa tahun kebelakangan ini. Kini ia telah mencapai ke satu tahap di mana set komputer yang paling cikai pun turut mempunyai keupayaan pemprosesan 64-bit.
Walaupun pihak pengeluar kini mampu mengurangkan kos pengeluaran pemproses 64-bit, namun, kos untuk mendapatkan perisian yang menyokong 64-bit masih lagi lebih mahal berbanding versi 32-bit. Sekaligus, ia menyukarkan sesetengah pengguna mengimplementasi sepenuhnya teknologi terbaru ini.

Ada apa dengan bit?

Jumlah bit-bit di dalam sesebuah unit pemprosesan adalah merujuk kepada jumlah jenis-jenis data yang boleh dikendalikannya serta jumlah yang boleh didafarkannya (size of its registry). Sebuah pemproses 64-bit mampu menyimpan 264 nilai pengiraan (264 computational values), termasuk alamat-alamat memorinya (memory adresses).

Ini bermakna ia mampu mengakses ke memori fizikal empat juta kali ganda berbanding pemproses 32 bit! Ringkasnya: pemproses 32-bit hanya mampu mengendalikan jumlah RAM yang terhad, manakala bagi pemproses 64-bit pula ia berkemampuan mengoperasikan lebih dari itu. Secara mudahnya, pemproses 64-bit dapat menunjukkan kemampuannya dengan sistem komputer yang mempunyai RAM yang lebih besar.

Berapa banyak pula bit yang diperlukan?

Secara lazimnya, jika komputer korang mempunyai RAM yang kurang dari 4GB, korang tidak memerlukan pemproses 64-bit. Tapi, jika korang mempunyai RAM lebih dari 4GB, sudah tentu pemproses 64-bit berbaloi buat sistem komputer korang. Bagi sesetengah pengguna, pemproses 32-bit masih lagi dikirakan memadai bagi kegunaan perkomputeran harian, termasuk dari segi capaian memori dan prestasinya.

Namun, bagi aplikasi yang memerlukan jumlah capaian memori yang lebih besar, penggunaan pemproses 64-bit mampu memperlihatkan jurang perbezaan prestasi yang amat ketara. Perisian suntingan gambar dan video , utiliti kemasan 3D (3D rendering utilities) dan permainan video mampu menggunakan secara optimum senibina pemproses 64-bit melalui sokongan dari versi sistem pengoperasiannya. Tambahan pula, bagi set komputer yang mempunyai RAM berkapasiti 8GB hingga 16GB, pelbagai aplikasi dapat dijalankan secara serentak tanpa sebarang masalah.
Perisian 32-bit juga mampu dilaksanakan tanpa sebarang masalah melalui emulasi perkakasan (hardware emulation) pada sistem 64-bit. Sebaliknya, sistem 32-bit pula tidak akan sekali-kali mampu melaksanakan perisian versi 64-bit dalam pengoperasiannya. Secara ringkasnya, jika korang berniat untuk menggunakan sepenuhnya keupayaan pemproses baru, korang perlu juga menaik taraf sistem pengoperasian korang ke versi 64-bit selain dari menambah amaun RAM di dalam set komputer korang.

Beza Sistem Operasi

Melalui pertambahan bilangan pemproses 64-bit dan kapasiti RAM yang semakin besar, pihak Microsoft dan Apple telah mula membangun dan melancarkan sistem operasi versi 64-bit masing-masing supaya sesuai dengan seiring dengan keperluan teknologi semasa. Melihat contoh pada Microsoft Windows, versi asas sistem operasi 32-bitnya memang meletakkan had penggunaan memori bagi perisian-perisian tertentu. Begitu juga bagi versi Ultimate dan Profesionalnya, had memori maksimum yang mampu dicapai hanya pada 4GB.
Walaupun begitu, sistem pengoperasian 64-bit masih lagi memerlukan perisian aplikasi yang direka khas khusus untuk senibina 64-bit. Justeru, apabila kesemua ini secara seragamnya dalam senibina 64-bit, kuasa optimum sistem komputer berkenaan dapat diperoleh.

Perisian dan Pemacu (Software dan Drivers)


Aplikasi berprestasi tinggi yang memerlukan akses memori lebih besar kini dapat memanfaatkan sepenuhnya senibina 64-bit ini. Kini, lebih banyak pembangun perisian mengeluarkan versi 64-bit masing-masing.
Senibina 64-bit amat berguna bagi program yang mampu menyimpan sejumlah besar maklumat untuk kegunaan akses segera, sebagaimana yang diperlukan oleh perisian suntingan gambar dan video.
Bagi sesetengah perisian permainan video pula, secara uniknya dibangunkan untuk memanfaatkan pemproses 64-bit dan juga sebarang pertambahan RAM. Melalui pertambahan keupayaan pengiraan yang lebih pantas serta akses ke memori yang lebih besar, mampu memberikan pemain pengalaman kepermainan yang maksimum dengan kemungkinan untuk berlaku lag yang minimum seperti melalui pertambahan bilangan kapal angkasa di dalam permainan komputer tersebut misalnya.

Bagaimanapun, grafik yang lebih cantik dan jelas masih lagi bergantung kepada jenis kad grafik yang digunakan. Lagipun, dengan adanya penggunaan kad grafik, pemprosesan grafik perisian tersebut tidak akan berkongsi memori dengan pemproses utama.
Kebanyakan perisian dibina dengan keserasian terkebelakang (backward compatible), di mana ia membenarkan korang melaksanakan aplikasi 32-bit dan ruang sistem 64-bit tanpa sebarang masalah. Perisian antivirus dan pemacu dikecualikan dalam hal ini, dimana kebanyakan pemacu perkakasan (hardware drivers) memerlukan versi sistem operasi yang betul untuk pemasangannya.

iPhone SE 2 dijangka akan dipasarkan pada awal tahun 2018

| Posted in


Selepas iPhone 8 dan iPhone X dilancarkan secara rasminya dan boleh didapati hampir di seluruh dunia termasuk Malaysia, kini terdapat ura-ura yang mengatakan iPhone SE 2 akan dilancarkan pada awal tahun 2018. Berdasarkan laporan, pengeluaran telefon pintar Apple tersebut akan dilakukan oleh Wistron di India, yang kini turut mengeluarkan sebahagian iPhone SE model semasa.

Focus Taiwan turut melaporkan iPhone SE generasi berikutnya ini akan dipasarkan sekitar suku pertama tahun hadapan. Ini turut dikaitkan dengan pelancaran iPhone SE sebelumnya yang dilancarkan sekitar Mac 2016.

Sungguhpun laporan tersebut tidak menyatakan secara terperinci berkenaan telefon pintar tersebut, iPhone SE 2 pernah dikhabarkan akan menggunakan chipset A10 yang digunakan pada iPhone 7. Lain-lain spesifikasi termasuklah RAM 2GB, storan dalaman 32GB/128GB berserta bateri berkapasiti 1,700mAh.

Untuk kameranya pula, ia dikatakan akan menampilkan kamera belakang 12MP berserta kamera FaceTime 5MP pada bahagian hadapannya.

Apa pun, masih tiada lagi kata putus secara rasmi berkaitan iPhone ‘versi bajet’ ini dan sehingga itu, kita hanya perlu tunggu dan lihat untuk menantikan perkembangan selanjutnya.


Sumber berita :
- 9to5Mac

Terjemahan :
- anakaskarpencen.com

Pemberhentian perkhidmatan 'Narrowband' dari TM

| Posted in


Dalam satu pengumuman yang dipaparkan dalam laman web TM ( Telekom Malaysia ), perkhidmatan internet terawal (bukan yang pertama) di Malaysia yang digelar "jalur sempit", teknologi "dial up" iaitu 1515, 1525 dan EZnet 1315 akan ditamatkan pada 1 Oktober 2017.

Oleh itu, para pengguna yang masih lagi menggunakan khidmat internet ini (sangat aneh sekiranya masih ada 😅), segera beralih kepada penyedia internet jalur lebar yang sedia ada seperti Stremyx dan UniFi untuk memenuhi keperluan gaya hidup pada masa kini yang memerlukan sambungan internet yang lebih pantas dan mudah alih.

Pengguna juga boleh menggunakan ONEXOX Prepaid sebagai penyedia sambungan internet 3G dan 4G untuk telefon pintar. Kini dengan promosi "Season Pass", anda boleh membeli data, masa berbual dan sms dengan harga diskaun dan boleh disimpan lebih lama atau diguna sedikit demi sedikit mengikut keperluan.

Sekiranya anda ada di sekitar Alor Gajah serta Tampin dan ingin menggunakan prabayar ONEXOX yang jauh lebih menjimatkan ini (tempoh sah 2 tahun 4 bulan dan boleh berlanjutan), boleh hubungi ICT Niaga Enterprise dengan klik ---» http://Prabayaronexox.wasap.my untuk membuat temujanji melalui mesej Whatsapp (buka melalui Google Chrome atau lain-lain pelayar web)

Microsoft Paint ditamatkan kewujudannya mulai Windows 10

| Posted in


Microsoft dikatakan mengecewakan dunia minggu ini apabila ia mendedahkan ia akan melepaskan Paint selepas 32 tahun. Sebahagian daripada sistem operasi Windows sejak ia dilancarkan pada tahun 1985, aplikasi Paint berjaya bertahan dalam kemajuan teknologi lain selama lebih dari tiga dekad. Ia bertahan sehingga minggu ini, apabila syarikat mendedahkan bahawa ia tidak akan menjadi ciri sedia ada di dalam Windows 10.

Selepas menghantar gelombang kejutan di seluruh dunia, Microsoft dengan bersyukur telah melakukan perubahan besar dan pada hari Isnin lalu untuk "membersihkan beberapa kekeliruan" dan menegaskan Paint sekadar dikeluarkan dari salinan perisian Windows 10, ia masih wujud. Mereka mendedahkan sementara Paint3D, versi baru dari ciri itu, akan menjadi aplikasi sedia ada untuk Windows 10 - ia bukan akhir garisan untuk Paint asal. Pengguna hanya perlu memuat turun - secara percuma - dari Gedung Windows. Mereka menulis: "Hari ini, kami telah melihat sokongan dan nostalgia yang luar biasa di sekitar MS Paint. Sekiranya ada apa yang kita pelajari, selepas 32 tahun, MS Paint mempunyai banyak peminat. Sudah mengagumkan untuk melihat begitu banyak cinta untuk aplikasi lama kami yang dipercayai. Di tengah komentar hari ini di sekitar MS Paint, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk menetapkan rekod yang lurus, jelaskan kekeliruan dan berkongsi beberapa berita baik. "MS Paint berada di sini untuk tinggal, ia hanya akan mempunyai rumah baru tidak lama lagi, di Gedung Windows di mana ia boleh didapati secara percuma."

Satu lagi perisian (dalam kategori permainan) iaitu Microsoft Minesweeper juga telah diturunkan ke kedai aplikasi sebagai "feautre" yang anda perlu muat turun.

- Sumber : mfirsttoknow.com

Peluang berniaga prabayar ONEXOX

| Posted in




Peluang niaga tersedia... Terbukti telah membantu lebih 6000 orang usahawan ONEXOX menjana tambah pendapatan isi rumah. Siapa yang usaha lebih, dapat lebih, insha Allah

Anda bila lagi ??? 

Contohnya lepas setahun buat kalau dapat tambahan pendapatan sekurangnya RM500 ke RM1000 atau lebih ok tak??? 

Modal permulaan ada dua iaitu RM90 dan RM278. Anda boleh pilih salah satu ikut kemampuan.

Jom, daftar niaga ONEXOX dengan segera :

012 3l2 37O5 (Whatsapp / Wechat)

atau

klik link di bawah ini dan ia akan membuka terus aplikasi Whatspapp sekiranya ada dipasang di dalam telefon pintar anda :

http://Prabayaronexox.wasap.my


Tiga perkhidmatan utama ICT Niaga Enterprise di Melaka

| Posted in



Ahmad Zaki Abdul Rahim merupakan usahawan / peniaga sepenuh masa yang menggunakan nama perniagaan ICT Niaga Enterprise.

Perniagaan atas nama berkenaan didaftar pada Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 7 Julai 2007 (

MA 0112568 – A) dan pusat operasi uatamanya adalah di negeri Melaka.

Berikut adalah perkhidmatan utama yang masih disediakan melalui ICT Niaga Enterprise :

- Kursus-kursus jangka pendek dan personal coaching (komputer dan ict)
- Selenggara komputer
- Pengedar ONEXOX Prepaid (prepaid super jimat)

Apa itu Ransomware?

| Posted in


Ransomware adalah malware komputer yang memasang secara terselindung pada komputer mangsa, melaksanakan serangan cryptovirology yang memberi kesan buruk, dan menuntut bayaran wang tebusan untuk menyahsulit atau tidak menyiarkannya. 

Ransomware mudah boleh mengunci sistem dengan cara yang tidak sukar untuk orang yang berilmu untuk mengubah, dan memaparkan mesej yang meminta pembayaran untuk membuka kunci. Lebih malware maju menyulitkan fail mangsa, menjadikan mereka tidak boleh diakses, dan menuntut bayaran wang tebusan untuk menyahsulit mereka. ransomware juga boleh menyulitkan Jadual Komputer Master Fail (MFT) atau keseluruhan pemacu keras (harddisk). 

Oleh itu, Ransomware adalah serangan penafian capaian yang menghalang pengguna komputer daripada mengakses fail kerana ia adalah sukar dikawal untuk menyahsulit fail tanpa kunci penyahsulitan. Serangan Ransomware biasanya dijalankan menggunakan Trojan yang mempunyai muatan yang menyamar sebagai fail yang sah.

Walaupun pada mulanya popular di Rusia, penggunaan penipuan ransomware telah berkembang di peringkat antarabangsa pada bulan Jun 2013, vendor perisian keselamatan McAfee mengeluarkan data yang menunjukkan bahawa ia telah mengumpul lebih 250,000 sampel unik Ransomware pada suku pertama tahun 2013, lebih daripada dua kali ganda bilangan ia telah mendapat pada suku pertama 2012. serangan Wide meluas yang melibatkan ransomware berasaskan penyulitan mula meningkat melalui Trojan seperti CryptoLocker, yang telah diperoleh yang kira AS $ 3 juta sebelum ia diambil oleh pihak berkuasa, dan CryptoWall, yang dianggarkan oleh Amerika Syarikat Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) telah terakru lebih $ 18 miliion pada Jun 2015.


Kenapa ada mangsa bersedia membayar wang tebusan?

Kerana Ransomware telah menjangkiti komputer dan mengancam keselamatan data di komputer. Misalnya, mengenkripsi fail-fail dokumen dan meminta mangsa membayar wang tebusan untuk membuka - dekripsi kembali akses ke mangsa. Jenis ransomware tersebut dikenal sebagai filecoder.a.

Sementara itu Ransomware yang paling terkenal adalah Filecoder Cryptolocker. (Produk Antivirus ESET berhasil mengesan ada beberapa versi Filecoder dan mengidentifikasinya sebagai Win32/Filecoder).

Kesimpulannya, dokumen yang dijangkiti serangan Ransomware ini tidak boleh dibuka kerana telah "dikunci" oleh penghantar atau penggodam (hacker). Jika anda ingin mendapatkan kembali akses ke dokumen berkenaan, anda perlu membayar sejumlah wang kepada penggodam terbabit.

Terjemahan artikel dari Google Translate