ICT Niaga Enterprise: November 2020

Didi & Friends dapat kerja dari Shopee

 


Credit to : Shopee & Didi and Friends

Tak sangka Didi & Friends akan digunakan untuk promosi jualan dalam talian. 😅🤭

Pihak Shopee menggunakan populariti animasi Didi & Friends untuk mempromosikan jualan tarikh istimewa iaitu 11 November 2020.

Namun diminta rakyat di negara ini tidak terlalu ghairah membuat pembelian melulu tanpa kajian atau pemerhatian teliti. Pastikan harga jualan yang kononnya diberi diskaun itu benar-benar harga yang dikurangkan kerana ada kemungkinan peniaga di Shopee atau Lazada menaikkan harga dan kembali menurunkannya ke harga asal (memberi illusi seolah-olah telah diberi diskaun padahal ia kembali ke harga asal).

Belilah apa yang betul-betul perlu dan beli barangan yang boleh dijadikan hobi bermanfaat tatkala kita berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Video iklan yang melibatkan watak dalam siri animasi Didi & friends :




Cara untuk elak jadi mangsa scam di Shopee



Pada tarikh 27 Februari 2019, laman web mStar online pernah menyiarkan artikel berkenaan dengan pihak pengendali laman web jualbeli di internet iaitu Shopee berterima kasih kepada pelanggan yang membongkarkan penipuan (scammer) yang menjual televisyen pintar. 

Pelanggan berkenaan hampir kerugian lebih kurang RM1500.00, namun pihak Shopee telah mengembalikan wang pembayaran kepada pelanggan berkenaan serta telah menutup akaun penjual penipu (scammer) itu.

Antara langkah lain yang telah diambil Shopee termasuk menubuhkan pasukan anti-penipuan khas untuk mengesan sebarang aktiviti mencurigakan di platform itu. Malah, pihaknya juga tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang aktiviti penipuan melibatkan pengguna. 

Shopee juga mengambil satu langkah untuk membantu pengguna mengenal pasti penjual bereputasi tinggi dengan memilih Shopee Preferred Sellers (Peniaga Pilihan Shopee). 

Status ini hanya diberikan kepada penjual aktif dengan penarafan gedung yang tinggi, yang telah menyempurnakan sejumlah besar transaksi dan menyediakan perkhidmatan pelanggan yang baik. 


Berikut adalah video pendapat dari Youtube channel Monaliza berkenaan dengan cara untuk elakkan diri dari menjadi mangsa penipuan di laman web pembelian dalam talian, Shopee :


 

Pesanan saya

* sama ada anda pengguna aplikasi Shopee, Lazada atau apa sahaja jenama, pastikan anda mempunyai bukti yang sahih dan mencukupi seperti screenshot bukti tempahan, bukti pembayaran dan bukti mesej-mesej chat atau perbualan dengan penjual peniaga atau penjual palsu berkenaan.

* jangan buat laporan palsu, nanti anda mungkin dikenakan tindakan undang-undang.

* periksa dahulu kualiti barang sebelum anda klik butang "received" (butang untuk pengesahan penerimaan barang).

* kenalpasti masalah sebenar anda sebelum membuat laporan, sama ada laporan untuk membuat penukaran barangan, laporan untuk pengembalian bayaran atau laporan penipuan oleh penjual.