“Tanpa mengira sama ada TV lama atau TV baru, kini anda boleh menonton movie kegemaran di TV hanya semudah ABC.“
Anda seorang yang suka memuat turun video / movie dari internet?
Ingin menggunakan TV anda untuk menonton movie kegemaran? TV yang sedia
ada boleh menerima input USB (pendrive/portable hard disk) tetapi tidak boleh support format MKV?
Format MKV kini sudah semakin popular kerana saiznya yang kecil tetapi
mampu memberikan kualiti gambar yang terbaik.
Ada yang membeli media
player, tapi tidak dapat play pula kerana media player tersebut tak
support format MKV. Natijahnya masa dan duit terbazir begitu sahaja dek
kerana membeli tanpa meneliti dahulu spesifikasi produk dan kegunaannya.
Anda gemar melayari laman youtube? Mungkin ada yang tidak tahu
sebenarnya video-video di laman youtube boleh dimuat turun dengan
menggunakan pelbagai perisian. Salah satunya ialah Internet Download
Manager (IDM). Dan video-video yang dimuat turun menggunakan IDM akan
mempunyai format FLV yang biasanya dapat dimainkan menggunakan PC/Laptop
sahaja.
Jika jawapan anda kepada semua persoalan di atas adalah YA, maka anda
harus memiliki produk terbaru kami ini. Produk yang dinamakan Mini Full
HD SD/USB Media Player ini telah dikaji dan dikenalpasti sebagai media
player terbaik yang sedang berada di pasaran sekarang. Tambahan pula,
ianya merupakan yang termurah serta disifatkan sebagai produk mampu
milik.
Menampilkan ciri-ciri seperti:
- USB HOST: boleh membaca peranti storan luaran USB seperti USB HDD atau USB pen drive, dan memainkan atau menguruskan fail.
- Build-in storan USB 2.0, dengan kapasiti 10MB.
- Pembaca SD / SDHC. Terus membaca kad SD / SDHC, dan memainkan atau
menguruskan fail di TV, boleh membaca kad SD / SDHC juga pada komputer.
- Menyokong HDMI, CVBS, dan output video YPbPr.
- Menyokong output audio AV.
- Video format yang disokong:
MKV/AVI/TS/TP/MP4/M4V/MOV/V0B/PMP/MPG/M2TS/FLV/WMV/RM/RMVB/MPEG1 2
4/DIVX (HD 1080p) / WMV9 VC-1 / H 0,264 SP MP HP/H.263 BP
- Video definisi: Kadar Bit 1920x1080P sehingga kepada 80Mbps
- Jenis audio yang disokong: MP3, WMA, OGG, AAC, FLAC, APE, AC3, DTS, ATRA.
- Gambar: JPEG, GIF, PNG, BMP.
- Fungsi Repeat, Zoom, FastForward, BF, dan fungsi Putar.
- Fungsi Play semula: auto play dari tempat berhenti sebelumnya.
- Pengurusan fail: boleh menguruskan fail-fail di dalam peranti yang disambungkan, memadam atau menyalin antara satu sama lain.
- Menyokong sarikata luar: SRT / ASS (UTF8, GBK, Big5, dll.)
- Untuk kemudahan, alat kawalan jauh disediakan.
- Bahasa: Cina, Tradisional Cina, Bahasa Inggeris, Jerman, Sepanyol, Perancis, Itali, Jepun
Untuk maklumat lanjut atau pembelian, sila klik pautan di bawah ini :

Kingston menawarkan sesuatu yang baharu kepada pengguna apabila memperkenalkan peranti sokongan memori kepada telefon pintar dan tablet yang menggunakan platform Android, DataTraveler® microDuo (DT microDuo). Merupakan gabungan USB dan pemacu singkat (flash drive) USB mikro, DT microDuo direka lebih kecil tetapi mampu menawarkan ruangan penyimpanan yang besar.
Unit penyimpanan DT microDuo mampu mencecah sehingga 64GB merupakan antara kelebihan yang ditawarkan yang amat berguna kepada pemilik peranti Android seperti telefon pintar dan tablet. Tambahan pula, kedua-dua peranti tersebut kini semakin kurang dihasilkan engan kelebihan slot kad mikro SD.
Pemacu itu boleh digunakan bersama mana-mana peranti yang memiliki USB OTG (On-The-Go) dengan kemudahan dua hala membolehkan penggunanya memindahkan data tanpa perlu disambung kepada komputer. Kebanyakan telefon pintar dan tablet android masa kini digunakan untuk merakam lebih banyak imej dan video definisi tinggi (HD) pada kadar resolusi yang tinggi menjadikan ruangan memori sedia ada tidak mencukupi. Malah, terdapat sesetengah peranti itu mampu merakamkan video 4K menjadikan penggunaan pemacu binaan luar tersebut amat relevan.
Menurut Pengarah Jualan Rantau Asia Pasifik Kingston, Nathan Su, DT microDuo merupakan peneman terbaik kepada telefon pintar atau tablet. Gajet ini membantu pengguna menyimpan data dengan lebih selamat ketika bergerak, menyediakan ruangan yang lebih besar serta memudahkan tugas memindahkan data antara peranti. Bersama gaya dan reka bentuknya yang memiliki gegelung utama binaan dalam dan juga penutup yang boleh dipusing menjadikan DT microDuo antara unit penyimpan data yang amat sesuai untuk dibawa ke mana-mana juga anda pergi,"ujarnya.
Katanya, pengembara boleh membawa bersama segala muzik serta video kegemaran mereka dalam perjalanan sama ada melancong mahupun melaksanakan tugasan kerja tanpa perlu risau memori peranti mereka sarat dengan data tersebut. DT microDuo tersedia dalam tiga kategori storan iaitu 8GB, 16GB, 32GB dan 64GB dan untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web Kingston di www.kingston.com/otg/compatibility.
*Sumber : Utusan Online