iPhone SE 2 dijangka akan dipasarkan pada awal tahun 2018 | ICT Niaga Enterprise

iPhone SE 2 dijangka akan dipasarkan pada awal tahun 2018

| Posted in


Selepas iPhone 8 dan iPhone X dilancarkan secara rasminya dan boleh didapati hampir di seluruh dunia termasuk Malaysia, kini terdapat ura-ura yang mengatakan iPhone SE 2 akan dilancarkan pada awal tahun 2018. Berdasarkan laporan, pengeluaran telefon pintar Apple tersebut akan dilakukan oleh Wistron di India, yang kini turut mengeluarkan sebahagian iPhone SE model semasa.

Focus Taiwan turut melaporkan iPhone SE generasi berikutnya ini akan dipasarkan sekitar suku pertama tahun hadapan. Ini turut dikaitkan dengan pelancaran iPhone SE sebelumnya yang dilancarkan sekitar Mac 2016.

Sungguhpun laporan tersebut tidak menyatakan secara terperinci berkenaan telefon pintar tersebut, iPhone SE 2 pernah dikhabarkan akan menggunakan chipset A10 yang digunakan pada iPhone 7. Lain-lain spesifikasi termasuklah RAM 2GB, storan dalaman 32GB/128GB berserta bateri berkapasiti 1,700mAh.

Untuk kameranya pula, ia dikatakan akan menampilkan kamera belakang 12MP berserta kamera FaceTime 5MP pada bahagian hadapannya.

Apa pun, masih tiada lagi kata putus secara rasmi berkaitan iPhone ‘versi bajet’ ini dan sehingga itu, kita hanya perlu tunggu dan lihat untuk menantikan perkembangan selanjutnya.


Sumber berita :
- 9to5Mac

Terjemahan :
- anakaskarpencen.com