Dunia perkomputeran semasa telah berganjak ke era 64-bit semenjak beberapa tahun kebelakangan ini. Kini ia telah mencapai ke satu tahap di mana set komputer yang paling cikai pun turut mempunyai keupayaan pemprosesan 64-bit.
Walaupun pihak pengeluar kini mampu mengurangkan kos pengeluaran pemproses 64-bit, namun, kos untuk mendapatkan perisian yang menyokong 64-bit masih lagi lebih mahal berbanding versi 32-bit. Sekaligus, ia menyukarkan sesetengah pengguna mengimplementasi sepenuhnya teknologi terbaru ini.
Ada apa dengan bit?
Jumlah bit-bit di dalam sesebuah unit pemprosesan adalah merujuk kepada jumlah jenis-jenis data yang boleh dikendalikannya serta jumlah yang boleh didafarkannya (size of its registry). Sebuah pemproses 64-bit mampu menyimpan 264 nilai pengiraan (264 computational values), termasuk alamat-alamat memorinya (memory adresses).
Ini bermakna ia mampu mengakses ke memori fizikal empat juta kali ganda berbanding pemproses 32 bit! Ringkasnya: pemproses 32-bit hanya mampu mengendalikan jumlah RAM yang terhad, manakala bagi pemproses 64-bit pula ia berkemampuan mengoperasikan lebih dari itu. Secara mudahnya, pemproses 64-bit dapat menunjukkan kemampuannya dengan sistem komputer yang mempunyai RAM yang lebih besar.
Berapa banyak pula bit yang diperlukan?
Secara lazimnya, jika komputer korang mempunyai RAM yang kurang dari 4GB, korang tidak memerlukan pemproses 64-bit. Tapi, jika korang mempunyai RAM lebih dari 4GB, sudah tentu pemproses 64-bit berbaloi buat sistem komputer korang. Bagi sesetengah pengguna, pemproses 32-bit masih lagi dikirakan memadai bagi kegunaan perkomputeran harian, termasuk dari segi capaian memori dan prestasinya.
Namun, bagi aplikasi yang memerlukan jumlah capaian memori yang lebih besar, penggunaan pemproses 64-bit mampu memperlihatkan jurang perbezaan prestasi yang amat ketara. Perisian suntingan gambar dan video , utiliti kemasan 3D (3D rendering utilities) dan permainan video mampu menggunakan secara optimum senibina pemproses 64-bit melalui sokongan dari versi sistem pengoperasiannya. Tambahan pula, bagi set komputer yang mempunyai RAM berkapasiti 8GB hingga 16GB, pelbagai aplikasi dapat dijalankan secara serentak tanpa sebarang masalah.
Perisian 32-bit juga mampu dilaksanakan tanpa sebarang masalah melalui emulasi perkakasan (hardware emulation) pada sistem 64-bit. Sebaliknya, sistem 32-bit pula tidak akan sekali-kali mampu melaksanakan perisian versi 64-bit dalam pengoperasiannya. Secara ringkasnya, jika korang berniat untuk menggunakan sepenuhnya keupayaan pemproses baru, korang perlu juga menaik taraf sistem pengoperasian korang ke versi 64-bit selain dari menambah amaun RAM di dalam set komputer korang.
Beza Sistem Operasi
Melalui pertambahan bilangan pemproses 64-bit dan kapasiti RAM yang semakin besar, pihak Microsoft dan Apple telah mula membangun dan melancarkan sistem operasi versi 64-bit masing-masing supaya sesuai dengan seiring dengan keperluan teknologi semasa. Melihat contoh pada Microsoft Windows, versi asas sistem operasi 32-bitnya memang meletakkan had penggunaan memori bagi perisian-perisian tertentu. Begitu juga bagi versi Ultimate dan Profesionalnya, had memori maksimum yang mampu dicapai hanya pada 4GB.
Walaupun begitu, sistem pengoperasian 64-bit masih lagi memerlukan perisian aplikasi yang direka khas khusus untuk senibina 64-bit. Justeru, apabila kesemua ini secara seragamnya dalam senibina 64-bit, kuasa optimum sistem komputer berkenaan dapat diperoleh.
Perisian dan Pemacu (Software dan Drivers)
Aplikasi berprestasi tinggi yang memerlukan akses memori lebih besar kini dapat memanfaatkan sepenuhnya senibina 64-bit ini. Kini, lebih banyak pembangun perisian mengeluarkan versi 64-bit masing-masing.
Senibina 64-bit amat berguna bagi program yang mampu menyimpan sejumlah besar maklumat untuk kegunaan akses segera, sebagaimana yang diperlukan oleh perisian suntingan gambar dan video.
Bagi sesetengah perisian permainan video pula, secara uniknya dibangunkan untuk memanfaatkan pemproses 64-bit dan juga sebarang pertambahan RAM. Melalui pertambahan keupayaan pengiraan yang lebih pantas serta akses ke memori yang lebih besar, mampu memberikan pemain pengalaman kepermainan yang maksimum dengan kemungkinan untuk berlaku lag yang minimum seperti melalui pertambahan bilangan kapal angkasa di dalam permainan komputer tersebut misalnya.
Bagaimanapun, grafik yang lebih cantik dan jelas masih lagi bergantung kepada jenis kad grafik yang digunakan. Lagipun, dengan adanya penggunaan kad grafik, pemprosesan grafik perisian tersebut tidak akan berkongsi memori dengan pemproses utama.
Kebanyakan perisian dibina dengan keserasian terkebelakang (backward compatible), di mana ia membenarkan korang melaksanakan aplikasi 32-bit dan ruang sistem 64-bit tanpa sebarang masalah. Perisian antivirus dan pemacu dikecualikan dalam hal ini, dimana kebanyakan pemacu perkakasan (hardware drivers) memerlukan versi sistem operasi yang betul untuk pemasangannya.
Selepas iPhone 8 dan iPhone X dilancarkan secara rasminya dan boleh didapati hampir di seluruh dunia termasuk Malaysia, kini terdapat ura-ura yang mengatakan iPhone SE 2 akan dilancarkan pada awal tahun 2018. Berdasarkan laporan, pengeluaran telefon pintar Apple tersebut akan dilakukan oleh Wistron di India, yang kini turut mengeluarkan sebahagian iPhone SE model semasa.
Focus Taiwan turut melaporkan iPhone SE generasi berikutnya ini akan dipasarkan sekitar suku pertama tahun hadapan. Ini turut dikaitkan dengan pelancaran iPhone SE sebelumnya yang dilancarkan sekitar Mac 2016.
Sungguhpun laporan tersebut tidak menyatakan secara terperinci berkenaan telefon pintar tersebut, iPhone SE 2 pernah dikhabarkan akan menggunakan chipset A10 yang digunakan pada iPhone 7. Lain-lain spesifikasi termasuklah RAM 2GB, storan dalaman 32GB/128GB berserta bateri berkapasiti 1,700mAh.
Untuk kameranya pula, ia dikatakan akan menampilkan kamera belakang 12MP berserta kamera FaceTime 5MP pada bahagian hadapannya.
Apa pun, masih tiada lagi kata putus secara rasmi berkaitan iPhone ‘versi bajet’ ini dan sehingga itu, kita hanya perlu tunggu dan lihat untuk menantikan perkembangan selanjutnya.
Sumber berita :
- 9to5Mac
Terjemahan :
- anakaskarpencen.com
Dalam satu pengumuman yang dipaparkan dalam laman web TM ( Telekom Malaysia ), perkhidmatan internet terawal (bukan yang pertama) di Malaysia yang digelar "jalur sempit", teknologi "dial up" iaitu 1515, 1525 dan EZnet 1315 akan ditamatkan pada 1 Oktober 2017.
Oleh itu, para pengguna yang masih lagi menggunakan khidmat internet ini (sangat aneh sekiranya masih ada 😅), segera beralih kepada penyedia internet jalur lebar yang sedia ada seperti Stremyx dan UniFi untuk memenuhi keperluan gaya hidup pada masa kini yang memerlukan sambungan internet yang lebih pantas dan mudah alih.
Pengguna juga boleh menggunakan ONEXOX Prepaid sebagai penyedia sambungan internet 3G dan 4G untuk telefon pintar. Kini dengan promosi "Season Pass", anda boleh membeli data, masa berbual dan sms dengan harga diskaun dan boleh disimpan lebih lama atau diguna sedikit demi sedikit mengikut keperluan.
Sekiranya anda ada di sekitar Alor Gajah serta Tampin dan ingin menggunakan prabayar ONEXOX yang jauh lebih menjimatkan ini (tempoh sah 2 tahun 4 bulan dan boleh berlanjutan), boleh hubungi ICT Niaga Enterprise dengan klik ---»
http://Prabayaronexox.wasap.my untuk membuat temujanji melalui mesej Whatsapp (buka melalui Google Chrome atau lain-lain pelayar web)
Peluang niaga tersedia... Terbukti telah membantu lebih 6000 orang usahawan ONEXOX menjana tambah pendapatan isi rumah. Siapa yang usaha lebih, dapat lebih, insha Allah
Anda bila lagi ???
Contohnya lepas setahun buat kalau dapat tambahan pendapatan sekurangnya RM500 ke RM1000 atau lebih ok tak???
Modal permulaan ada dua iaitu RM90 dan RM278. Anda boleh pilih salah satu ikut kemampuan.
Jom, daftar niaga ONEXOX dengan segera :
012 3l2 37O5 (Whatsapp / Wechat)
atau
klik link di bawah ini dan ia akan membuka terus aplikasi Whatspapp sekiranya ada dipasang di dalam telefon pintar anda :
http://Prabayaronexox.wasap.my