Label dan kedudukan butang untuk fungsi "print screen" adalah berbeza mengikut pengeluar papan kekunci berkenaan.
Kesemua paparan yang muncul di skrin komputer dapat disimpan
untuk rujukan pada masa lain. Ini penting apabila melakukan transaksi
"on-line" seperti perbankan internet. Dengan kemudahan
penyimpanan imej yang dipaparkan, imej transaksi boleh disimpan tanpa
perlu mencetak imej transaksi setiap kali transaksi dilakukan.
Kemudahan penyimpanan imej ini sebenarnya memang wujud dalam sistem
pengoperasian semua komputer namun tidak dinyatakan secara lebih lanjut.
Untuk
menyimpan imej yang dipaparkan pada skrin, butang papan kekunci
berlabel "Print Screen" atau "Prt Scr Sys Rq"
boleh digunakan. Label dan kedudukannya bergantung kepada kilang
pengeluar papan kekunci tersebut. Adalah dimaklumkan bahawa kedudukan
butang ini juga berbeza antara papan kekunci bagi komputer jenis
"personal computer" atau laptop.
Apabila ia ditekan, imej skrin disimpan dalam memori, dan boleh dipaparkan semula dengan menggunakan arahan ‘Paste’ dalam perisian seperti Paint, Microsoft Word dan lain-lain aplikasi mengikut sistem pengoperasian yang anda gunakan.
Jika anda hendak merakamkan hanya "kotak dialog" tanpa
latarbelakangnya, anda hanya perlu menekan butang “ALT” semasa menekan
butang "Print Screen" atau "Prt Sc Sys Rq". Apabila anda menekan kedua-dua butang tersebut,
hanya kandungan tetingkap teratas sahaja akan dirakamkan. Teknik yang
sama juga boleh digunakan untuk menghasilkan buku rujukan atau manual
penggunaan perisian.
**Tambahan :
-anda juga boleh menggunakan perisian PhotoScape bagi merakamkan print screen