ICT Niaga Enterprise: July 2014

Pengujian Butang “Buy Now” Pada Newsfeed Facebook

| Posted in

 

Pihak Facebook kini sedang menguji sebuah butang “Buy Now” pada ruangan suapan berita (newsfeed), dimana, menerusi butang tersebut, pengguna boleh membeli sesuatu produk secara terus tanpa perlu meninggalkan halaman facebook. Perkara ini sedang diuji dan hanya boleh digunakan oleh beberapa buah perniagaan yang terpilih sahaja di US buat masa ini.

Suatu masa dahulu, Facebook pernah mengeluarkan butang sebegini untuk menarik para pengguna membuat pembelian mahupun sumbangan derma.
Pada tahun 2012, Facebook pernah mengeluarkan fungsi “Collection” yang menyerupai Pinterest, dimana, para pengguna boleh memaparkan koleksi barang yang mereka impikan kepada rakan-rakan mereka.
Kemudian, facebook telah mengantikan fungsi tersebut dengan butang “Donate Social” pula dimana, ianya boleh digunakan secara percuma oleh semua pengguna facebook, dengan syarat, mereka perlu ada akaun Paypal dan juga email.

Kali ini, butang “Buy Now” pula, namun pihak facebook menyatakan, butang “Buy Now” ini sedikit berbeza kerana ianya amat menitikberatkan isu-isu yang berkaitan dengan privasi pengguna. Pihak facebook menyatakan, transaksi pembelian pengguna menerusi butang tersebut adalah selamat dan maklumat berkaitan pembelian pengguna tidak akan dikongsi kepada mana-mana pihak yang lain.

Facebook menyatakan perkara sedemikian kerana, pada tahun 2007, pernah berlaku kes dimana pihak Facebook telah tersilap memaparkan maklumat pembelian pengguna bagi setiap barang yang dibeli kepada pihak umum. Sedangkan, maklumat tersebut sepatutnya hanya dipaparkan dibahagian data insight bagi sejarah pembelian oleh pengguna.

Berkenaan tentang pemproses bayaran pula, ianya dikatakan akan diuruskan oleh pihak ketiga, namun pihak pengguna mempunyai pilihan sama ada mahu menyimpan data bayaran mereka di Facebook (bagi memudahkan proses pembelian yang seterusnya)  ataupun tidak.

Dijangkakan, apabila ujian tersebut selesai, butang “Buy Now” ini akan boleh digunakan secara percuma oleh semua pengguna dan pihak facebook akan mengenakan sedikit caj transaksi bagi setiap jualan yang terhasil menerusi butang tersebut. Namun begitu, khabar tersebut masih belum disahkan oleh pihak facebook.

Buat masa ini, terdapat lebih 25 juta fanpage perniagaan di facebook dan ramai pemilik-pemilik perniagaan yang berasa teruja untuk mencuba fungsi baru yang akan ditawarkan oleh pihak Facebook ini.



*Artikel asal dalam bahasa Inggeris (SmallBizTrends) dan diterjemahkan oleh : wangcyber.com





Fokus utama perniagaan ICT Niaga 2014

| Posted in

 

Pada 7 Julai 2007 lalu, genap tujuh tahun perniagaan ini menggunakan nama yang didaftarkan sebagai ICT Niaga Enterprise.  Secara mudahnya dari segi nama itu sendiri sudah melambangkan apakah jenis perniagaan yang diceburi.

Pada peringkat awal penubuhan, perkhidmatan utama yang difokuskan ialah servis komputer dan penyediaan komputer dan internet untuk disewa.  Namun kini ICT Niaga telah menambah bidang perniagaan kepada pendidikan dalam kepenggunaan komputer peringkat asas.

Pihak pengurusan melihat kadar pemilikan komputer di kalangan rakyat Melaka dan umumnya Malaysia sudah berada pada tahap yang memuaskan dan ia semakin naik saban waktu.  Namun kebanyakkan dari mereka hanya tahu menggunakannya pada tujuan tertentu sahaja.  Malah dari segi aspek keselamatan dan penjagaan komputer masih lagi kurang, terutamanya pada golongan pelajar kolej mahupun universiti.

Oleh sebab itu, sebagai memenuhi keperluan pengetahuan komputer peringkat asas di negeri Melaka, ICT Niaga kini giat menyediakan peluang kepada penduduk negeri Melaka untuk mempelajari segala ilmu asas komputer untuk pelbagai tujuan seperti pelajar kolej dan universiti, suri rumah yang berniaga mahupun usahawan kecil dan sederhana.

Dengan menawarkan pelbagai cabang pengetahuan pada kadar harga murah, ia adalah sesuatu yang sangat berbaloi antara kadar caj yuran pembelajaran yang dikenakan dengan jenis ilmu yang diajarkan.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan pendidikan asas komputer dan ICT, sila lawat blog pendidikan berikut dengan mengklik pautan di bawah :