ICT Niaga Enterprise

AWAS : Senarai laman web memperbodohkan anda atas nama Facebook Hacking

| Posted in

Dari beberapa hari , apabila saya meneroka Google untuk apa-apa berita terkini yang berkaitan dengan hacks , saya mendapat satu titik yang berapa banyak laman web yang ada apabila anda mencari 'bagaimana untuk menggodam akaun Facebook , facebook hacking , fb hack, facebook hack online & banyak lebih ... ' Betul saya juga terkejut apabila saya searched dan mendapati banyak laman web langsung , blog yang mengaku menggodam mana-mana akaun Facebook LIVE .

Perkara yang saya ingin katakan, anda mesti berhati-hati kerana laman-laman beberapa laman web ini hanya mengarahkan anda untuk melengkapkan kaji selidik untuk mendapatkan wang, ada yang memasang malware pada sistem anda untuk mendapatkan maklumat peribadi anda.

Jadi, untuk keselamatan anda , kami mengumpul senarai laman-laman web yang membuat anda bodoh atas nama Akaun Facebook Hacking , ANDA TIDAK PERLU MENGGUNAKAN SEBARANG LAMAN-LAMAN WEB DAN BUKAN UNTUK TUJUAN UJIAN , kerana laman-laman ini boleh membahayakan sistem anda:


Sebelum anda membaca senarai itu, salah satu pautan yang benar-benar berbahaya dan telah ditubuhkan pada setiap halaman, setiap kata kunci yang berkaitan daripada FB hack adalah dari ' Megaupload.org ,' yang pada asasnya datang apabila klik pelbagai URL yang berniat jahat , anda boleh mencari pautan yang di bawah dari senarai.

Senarai laman web yang menipu atas nama menggodam akaun Facebook :

http://legithackers.net/FacebookHack

http://www.socialhacks.net/hackfbaccount

http://fbaccountrecoverer.com/

http://hackerfbhack.com/

http://hackfbnosoftware.com/

http://fbaccountshack.com/

http://www.tophackingtools.com/how-to-hack-facebook-account-with-new-100-working-facebook-hacker-ver-2-4-2014/

http://www.fbhacklab.com/

http://fbpasswordagent.com/

http://team-avrora.org/

http://fbhackmethods.com/

http://www.passrevelatorsuite.net/en/passwordfinder.php

http://www.fb-hacker.net/

http://idtmak.com/

http://www.facebookhackonline.com/

http://fbhackz.com/

http://hookedfacebook.com/

http://fbhackerz.com/

http://ownhacking.blogspot.in/

http://www.socialpasswordfinder.com/

http://onlinefbhack.com/

http://www.fbhackonline.com/

http://fbpirater.info/

http://www.hack-facebook.net/

http://megaupl0ad.org/files/hack%20fb%20account%20no

http://hackluck.com/

http://facebook-password-hacker.soft112.com/

http://www.hack-facebook-account.com/

http://www.hack-facebook-password.org/

http://fbhackonline.org/

http://freefiledownload.net/hackfbaccount/

http://howtohackfbaddress.blogspot.in/

http://ushacker.com/

http://howtohacksomeonesfacebook.com/

http://fb-hack.org/

http://www.okcupid2.com/facebook-hack-2014/

http://learntohack.co.uk/

Satu laporan yang telah diterbitkan hanya beberapa hari lalu, di mana penggodam menggunakan pos dinamakan ' Bagaimana anda boleh hack rakan anda akaun facebook, dan atas nama yang akaun Facebook anda dirampas untuk suka dan mengikuti laman-laman lain secara automatik tanpa anda sendiri pengesahan.

  

 *Sumber : hackersnewsbulletin.com
 

Bersama Pengerusi Pasar Tani Kebangsaan

| Posted in

 

Pada 2 Ogos 2014 lalu, Encik Jamaludin iaitu  Pengerusi Pasar Tani Kebangsaan, Pengerusi Pasar Tani Negeri Melaka dan Pasar Tani Utc Melaka telah menggunakan khidmat nasihat dari ICT Niaga Enterprise untuk membeli laptop dan aksesori komputer untuk kegunaan anak bongsu beliau yang sedang melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi.

Pelbagai faktor pemilihan laptop telah dikemukakan kepada beliau iaitu dari segi teknologi, spesifikasi yang ditawarkan sesebuah laptop, jaminan pengeluar, berat, warna serta bandingan harga.  Akhirnya beliau memilih untuk membeli laptop berjenama Asus yang menggunakan sistem pengoperasian Windows 8, RAM berkelajuan 4 Gb.


Pengujian Butang “Buy Now” Pada Newsfeed Facebook

| Posted in

 

Pihak Facebook kini sedang menguji sebuah butang “Buy Now” pada ruangan suapan berita (newsfeed), dimana, menerusi butang tersebut, pengguna boleh membeli sesuatu produk secara terus tanpa perlu meninggalkan halaman facebook. Perkara ini sedang diuji dan hanya boleh digunakan oleh beberapa buah perniagaan yang terpilih sahaja di US buat masa ini.

Suatu masa dahulu, Facebook pernah mengeluarkan butang sebegini untuk menarik para pengguna membuat pembelian mahupun sumbangan derma.
Pada tahun 2012, Facebook pernah mengeluarkan fungsi “Collection” yang menyerupai Pinterest, dimana, para pengguna boleh memaparkan koleksi barang yang mereka impikan kepada rakan-rakan mereka.
Kemudian, facebook telah mengantikan fungsi tersebut dengan butang “Donate Social” pula dimana, ianya boleh digunakan secara percuma oleh semua pengguna facebook, dengan syarat, mereka perlu ada akaun Paypal dan juga email.

Kali ini, butang “Buy Now” pula, namun pihak facebook menyatakan, butang “Buy Now” ini sedikit berbeza kerana ianya amat menitikberatkan isu-isu yang berkaitan dengan privasi pengguna. Pihak facebook menyatakan, transaksi pembelian pengguna menerusi butang tersebut adalah selamat dan maklumat berkaitan pembelian pengguna tidak akan dikongsi kepada mana-mana pihak yang lain.

Facebook menyatakan perkara sedemikian kerana, pada tahun 2007, pernah berlaku kes dimana pihak Facebook telah tersilap memaparkan maklumat pembelian pengguna bagi setiap barang yang dibeli kepada pihak umum. Sedangkan, maklumat tersebut sepatutnya hanya dipaparkan dibahagian data insight bagi sejarah pembelian oleh pengguna.

Berkenaan tentang pemproses bayaran pula, ianya dikatakan akan diuruskan oleh pihak ketiga, namun pihak pengguna mempunyai pilihan sama ada mahu menyimpan data bayaran mereka di Facebook (bagi memudahkan proses pembelian yang seterusnya)  ataupun tidak.

Dijangkakan, apabila ujian tersebut selesai, butang “Buy Now” ini akan boleh digunakan secara percuma oleh semua pengguna dan pihak facebook akan mengenakan sedikit caj transaksi bagi setiap jualan yang terhasil menerusi butang tersebut. Namun begitu, khabar tersebut masih belum disahkan oleh pihak facebook.

Buat masa ini, terdapat lebih 25 juta fanpage perniagaan di facebook dan ramai pemilik-pemilik perniagaan yang berasa teruja untuk mencuba fungsi baru yang akan ditawarkan oleh pihak Facebook ini.



*Artikel asal dalam bahasa Inggeris (SmallBizTrends) dan diterjemahkan oleh : wangcyber.com