ICT Niaga Enterprise

Business Innovation Workshop - Universiti Multimedia

| Posted in


Pada 22 hingga 23 Oktober 2016, ICT Niaga Enterprise telah menghadiri undangan ke Business Innovation Workshop (Bengkel Inovasi Perniagaan) di SMART Intelligent Learning Lab, Multimedia University (MMU), Melaka.  Ia adalah anjuran Faculty of Business dengan pihak PIBG Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2, Melaka.

Bengkel Inovasi Perniagaan mempunyai tujuan untuk memberi pendedahan tentang ilmu baru dalam dunia perniagaan yang diharap dapat membantu meningkatkan dayasaing para usahawan tempatan. Pada pandangan peribadi ICT Niaga Enterprise, lebih 60% ilmu yang disampaikan adalah perkara baru berbanding dengan seminar atau kursus yang telah disertai sebelum ini.

Kuliah disampaikan oleh Dr. Mohd Rizal Bin Tan Sri Abdul Razak.


Ber 'wefie' bersama Ketua Fesilitator, Dr. Mohd Rizal Bin TanSri Abdul Razak





Sijil penyertaan disampaikan oleh Dr.Zauwiyah Binti Ahmad (Dekan Fakulti Perniagaan, Universiti Multimedia, Melaka)

Daftar Kursus Asas Komputer - Free One XOX Simcard

| Posted in


Istimewa untuk bakal peserta kursus personal (jangka pendek) bagi Kursus Asas Komputer. ICT Niaga Enterprise, melalui Kelas Belajar Komputer Dan ICT telah membuat promosi untuk bakal peserta Kursus Asas Komputer.

Jika anda membuat pembayaran penuh semasa tempahan awal kursus berkenaan, anda akan mendapat simcard One XOX secara percuma.  Promosi ini terhad kepada 5 orang yang pertama sahaja setiap bulan.
Untuk rujukan mengenai Kursus Asas Komputer, sila klik ---> Kursus Asas Komputer

Untuk rujukan mengenai OneXOX, sila klik ---> Onexox Tanjung Rimau

Tajaan ICT Niaga Enterprise di Kejohanan Bowling Piala Tan Sri Mohd Ali Rustam 2015

| Posted in


ICT Niaga Enterprise telah membuat penajaan hadiah bagi kategori "Kumpulan Paling Ceria Dan Komited" di Kejohanan Bowling Piala Tan Sri Mohd Ali Rustam, Peringkat Pasar Tani FAMA Negeri Melaka 2015 yang berlangsung pada 9 April 2015 di Melaka International Bowling Center, MITC Ayer Keroh Melaka.

Kejohanan ini diadakan untuk menyatukan serta mengeratkan ukhwah seluruh peniaga dan usahawan di Pasar Tani seluruh Melaka dan menghimpunkan mereka dalam suasana yang ceria dan santai. 

  
k