ICT Niaga Enterprise: 2020

Didi & Friends dapat kerja dari Shopee

 


Credit to : Shopee & Didi and Friends

Tak sangka Didi & Friends akan digunakan untuk promosi jualan dalam talian. 😅🤭

Pihak Shopee menggunakan populariti animasi Didi & Friends untuk mempromosikan jualan tarikh istimewa iaitu 11 November 2020.

Namun diminta rakyat di negara ini tidak terlalu ghairah membuat pembelian melulu tanpa kajian atau pemerhatian teliti. Pastikan harga jualan yang kononnya diberi diskaun itu benar-benar harga yang dikurangkan kerana ada kemungkinan peniaga di Shopee atau Lazada menaikkan harga dan kembali menurunkannya ke harga asal (memberi illusi seolah-olah telah diberi diskaun padahal ia kembali ke harga asal).

Belilah apa yang betul-betul perlu dan beli barangan yang boleh dijadikan hobi bermanfaat tatkala kita berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Video iklan yang melibatkan watak dalam siri animasi Didi & friends :




Cara untuk elak jadi mangsa scam di Shopee



Pada tarikh 27 Februari 2019, laman web mStar online pernah menyiarkan artikel berkenaan dengan pihak pengendali laman web jualbeli di internet iaitu Shopee berterima kasih kepada pelanggan yang membongkarkan penipuan (scammer) yang menjual televisyen pintar. 

Pelanggan berkenaan hampir kerugian lebih kurang RM1500.00, namun pihak Shopee telah mengembalikan wang pembayaran kepada pelanggan berkenaan serta telah menutup akaun penjual penipu (scammer) itu.

Antara langkah lain yang telah diambil Shopee termasuk menubuhkan pasukan anti-penipuan khas untuk mengesan sebarang aktiviti mencurigakan di platform itu. Malah, pihaknya juga tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang aktiviti penipuan melibatkan pengguna. 

Shopee juga mengambil satu langkah untuk membantu pengguna mengenal pasti penjual bereputasi tinggi dengan memilih Shopee Preferred Sellers (Peniaga Pilihan Shopee). 

Status ini hanya diberikan kepada penjual aktif dengan penarafan gedung yang tinggi, yang telah menyempurnakan sejumlah besar transaksi dan menyediakan perkhidmatan pelanggan yang baik. 


Berikut adalah video pendapat dari Youtube channel Monaliza berkenaan dengan cara untuk elakkan diri dari menjadi mangsa penipuan di laman web pembelian dalam talian, Shopee :


 

Pesanan saya

* sama ada anda pengguna aplikasi Shopee, Lazada atau apa sahaja jenama, pastikan anda mempunyai bukti yang sahih dan mencukupi seperti screenshot bukti tempahan, bukti pembayaran dan bukti mesej-mesej chat atau perbualan dengan penjual peniaga atau penjual palsu berkenaan.

* jangan buat laporan palsu, nanti anda mungkin dikenakan tindakan undang-undang.

* periksa dahulu kualiti barang sebelum anda klik butang "received" (butang untuk pengesahan penerimaan barang).

* kenalpasti masalah sebenar anda sebelum membuat laporan, sama ada laporan untuk membuat penukaran barangan, laporan untuk pengembalian bayaran atau laporan penipuan oleh penjual.

Wifi awam berbahaya digunakan untuk urusan bank

 

AWAS setiap kali pengguna melakukan sambungan internet menerusi jaringan tanpa wayar (WiFi) awam (Public WiFi) kerana ia mungkin sambungan ‘pendua’ yang sengaja dicipta penggodam untuk mendapatkan data peribadi pengguna termasuk maklumat perbankan.

Jika anda gemar melakukan transaksi perbankan tanpa menyemak sambungan internet terutamanya sambungan WiFi awam, ada kemungkinan penggodam sudah mengetahui kata laluan serta maklumat sensitif pengguna untuk dieksploitasi demi mendapatkan wang dengan cara paling mudah.

Pengguna kebiasaannya tidak mengetahui sambungan internet awam itu asli ataupun sambungan pendua memandangkan penggodam mencipta jaringan itu yang mirip dengan WiFi awam sedia ada termasuk menggunakan nama umum seperti Free Public Wifi, Free Kafe Wifi dan beberapa nama lain.

Hasilnya, tatkala peranti pintar pengguna sudah disambungkan menerusi WiFi awam itu, penggodam mempunyai akses pintu belakang (back door) untuk merakam transaksi perbankan, malah berupaya melihat data sensitif tersimpan di dalam peranti.

Penggodam juga berupaya mengetahui alamat e-mel pengguna, kata laluan perbankan, nombor kad kredit dan akses kepada storan peranti pengguna.

Mencipta WiFi awam pendua begitu mudah dan ia dilakukan kurang 120 saat dan data peribadi seseorang bertukar tangan tanpa sedar jika pengguna tidak prihatin berhubung sambungan Internet digunakan.

Lokasinya tidak terhad kerana boleh dilakukan di mana saja khusus kepada tempat tumpuan umum seperti kafe, lapangan terbang, stesen kereta api dan sebagainya.

Penggodam hanya memerlukan penghala (router) dengan sambungan Internet dan sebuah komputer riba untuk melakukan rakaman interaksi (hand-shake) antara peranti mangsa dan komputer riba penggodam.

Selepas itu, setiap pergerakan elektronik pengguna sepanjang menggunakan sambungan itu dirakam termasuk laman web yang digunakan, akses maklumat kepada kenalan dalam peranti dan fail yang disimpan.

Pakar keselamatan siber, Fong Choong Fook berkata, penggodam kebiasaannya menyasarkan pengguna yang membuka laman web perbankan elektronik untuk mendapatkan data sebelum digunakan untuk kepentingan peribadi.

Menurutnya, menerusi sistem WiFi dicipta penggodam, semua maklumat termasuk kata laluan boleh diperoleh dengan mudah tanpa disedari pemilik akaun sehingga menyedari baki wang di dalam akaun berkurangan.

“Penggodam boleh menyamar sebagai pelanggan atau pengunjung sesebuah lokasi sebelum mencipta WiFi yang menggunakan nama yang sama dengan premis yang disasarkan tanpa disedari.

“Alatan penghala boleh disimpan di dalam beg penggodam tanpa disedari sesiapa dan pengunjung yang disasarkan pula tidak sedar sambungan Internet mereka sebenarnya WiFi pendua yang khusus dicipta untuk ‘menggali’ data sesiapa saja pengguna yang melakukan sambungan kepada jaringan terbabit.

“Kaedah itu digunakan untuk mengetahui maklumat laman sosial seseorang dan tidak hairan akaun mangsa digunakan untuk memuat naik sesuatu status pelik,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif LE Global Services Sdn Bhd (LGMS), berkata buat masa ini penggodam dilihat lebih cenderung mendapatkan kata laluan untuk perbankan elektronik kerana mampu mengaut keuntungan dengan mudah dan cepat apabila wang dapat digunakan dengan mudah.

Katanya, pada masa akan datang penggodam mampu menggodam sistem dan dokumen rahsia sesebuah organisasi termasuk kerajaan jika sekuriti rangkaian internet tidak dipertingkat.

“Penggodam kini semakin maju dan ia jenayah terancang dilakukan individu untuk mencapai sesuatu matlamat dengan hanya menggodam sistem dan mendapatkan kata laluan.

“Ia nampak ringkas, tetapi kesannya besar seperti yang berlaku kepada beberapa syarikat terkemuka apabila sistem mereka digodam sebelum sejumlah wang diminta untuk memulihkan semula sistem,” katanya.



Kredit : My Metro

Lima ciri unik iPhone 12

APPLE telah melancarkan model iPhone terbaharunya, iaitu iPhone 12 dengan reka bentuk serba baharu dan sokongan rangkaian tanpa wayar 5G. 

Turut dilancarkan ialah HomePod mini, versi pembesar suara pintar HomePod yang lebih kecil dengan harga lebih berpatutan.

Mari kita lihat lima pengumuman menarik dari acara pelancaran tersebut.

1. iPhone 12 mempunyai reka bentuk dengan bahagian tepi yang rata, sama seperti iPhone model 4 dan 5. iPhone dengan saiz 6.1 inci (standard) mempunyai dua kamera belakang, dan kedua-duanya dilengkapi night mode.

2. iPhone 12 memiliki "ceramic shield" yang menurut Apple, menjadikan skrinnya lebih tahan lasak.

3. iPhone 12 mempunyai model yang lebih kecil, iaitu iPhone 12 mini, dengan saiz skrin 5.4 inci namun memiliki spesifikasi seperti iPhone 12 dengan saiz standard.

4. Dua lagi model dalam siri iPhone 12 ialah Pro dan Pro Max. Berikut adalah pecahan cirinya :

- iPhone 12 Pro bersaiz 6.1 inci mempunyai tiga kamera belakang dengan kebolehan autofocus dalam cahaya rendah serta teknologi LiDAR (pengesanan cahaya dan jarak).

- iPhone 12 Pro Max merupakan iPhone dengan saiz terbesar. Pro Max mempunyai skrin bersaiz 6.7 inci, tiga kamera belakang dengan julat zoom optik 5kali antara tiga lensa kameranya.

5. Siri iPhone 12 tidak dilengkapi pengecas dinding (wall charger) atau Lightning EarPods. Apple memaklumkan ini adalah langkah untuk mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar. Ia bagaimanapun dibekalkan bersama kabel USB-C to Lightning. 

Apple juga merancang untuk tidak membekalkan kedua-dua aksesori berkenaan dari model iPhone yang lain di masa depan.

Berikut adalah senarai harga seperti yang diumumkan Apple. Harga dalam Ringgit Malaysia (RM) ialah jangkaan mengikut kadar pertukaran :

iPhone 12 Mini - AS$699 (RM 2,895)

iPhone 12 - AS$799 (RM 3,309)

iPhone 12 Pro - AS$999 (RM 4,137)

iPhone 12 Pro Max - AS$1,099 (RM 4,552)


KREDIT : Madiha Abdullah

RM99 , harga pengecas iPhone 12


 

Bagi mengurangkan pencemaran, longgokan sampah elektronik dan impak ke atas alam sekitar Apple tidak lagi menyertakan pengecas serta fon kepala dengan setiap pembelian peranti. Apple mengambil inspirasi dari Xiaomi untuk tidak menyertakan dua aksesori yang dahulunya dirasakan perlu disertakan dengan setiap pembelian.

Jika anda bercadang untuk membeli iPhone 12, anda perlu membayar RM99 bagi mendapatkan pengecasan pantas 20W. Pengecas 18W yang sebelum ini dijual pada harga RM149 tidak lagi ditawarkan. Memandangkan kabel USB-C ke Lighthing sahaja diberikan dengan setiap pembelian iPhone 12, ini sahaja aksesori rasmi yang boleh anda beli pada waktu ini.

Selain digunakan pada iPhone 12, pengecas yang sama turut boleh digunakan pada iPhone 11, XS, SE, XR, 8, X, iPad Gen 8 dan iPad Air 2020. Apple walau bagaimanapun menyertakan pengecas ini dengan setiap pembelian tablet terkini dan iPhone 11 Pro tahun lalu.


Sumber : APPLE

Kredit : amanz.my

Menempah inap desa tapi yang dapat tanah perkuburan

Gambar hiasan
[ gambar hiasan ]

Hasrat hati mahu bercuti bersama keluarga dan rakan di inap desa, namun ia 'berakhir' di tanah kubur.

Itu pengalaman perit dilalui seorang operator kilang, Azmeer Idham Kamaruzaman, 29, yang diperdaya 'scammer' ketika merancang mengadakan hari keluarga di Port Dickson, Negeri Sembilan, pada 7 November depan.

Azmeer Idham pada mulanya memuat naik status mencari inap desa dalam beberapa kumpulan percutian di Facebook (FB), sebelum menerima mesej daripada seorang wanita memaklumkan mengenai inap desa yang dilengkapi kolam renang di Teluk Kemang, berharga RM800 semalam.

Wanita itu kemudian meminta deposit RM300 dan dia bersetuju untuk membayarnya selepas melihat beberapa maklum balas di FB miliknya.

"Beberapa hari kemudian, saya diminta menambah RM200 dan jika saya tidak menjelaskan bayaran itu, duit RM300 yang dibayar sebelum ini dikira 'hangus'. Kerana enggan kerugian, saya bayar RM200 sebelum meminta lokasi inap desa itu dan wanita terbabit memberikan satu alamat," katanya.

Atas rasa ingin tahu, Azmeer Idham yang menetap di Rembau, tergerak hati meninjau sendiri inap desa itu dua minggu lalu memandangkan perjalanan dari rumahnya di Rembau ke Teluk Kemang hanya mengambil masa kira-kira 30 minit.

"Saya tiba di lokasi yang diberikan wanita itu kira-kira jam 9 malam dan terkejut apabila mendapati ia adalah kawasan tanah perkuburan. Apabila dihubungi, wanita itu memberi pelbagai alasan dan enggan berjumpa sebelum komunikasi terputus. Selepas itu saya tidak lagi dapat menghubunginya," katanya.

Ditanya tindakannya selepas ditipu, Azmeer Idham memberitahu hanya menguar-uar penipuan itu di beberapa kumpulan percutian dan inap desa di FB.

"Saya tidak pasti sama ada mahu melaporkan kes itu pada polis atau tidak kerana sebelum ini, adik saya pernah membuat laporan polis apabila ditipu hingga kerugian RM800, namun sehingga kini tiada tindakan lanjut," katanya.

Bagi peniaga dalam talian yang hanya mahu dikenali sebagai Nick, dia turut melalui pengalaman sama apabila ditipu ketika membuat tempahan penginapan dalam talian untuk bercuti di Pulau Pinang pada 24 September lalu menyebabkannya kerugian RM200.

Lebih memburukkan keadaan, Nick, 36, hanya menyedari ditipu apabila dia dan 11 anggota keluarganya yang menetap di Kelantan, tiba di Pulau Pinang.

"Pada mulanya saya membayar deposit RM200, sebelum diminta membuat bayaran penuh RM800 tetapi saya tegaskan akan membuat bayaran penuh apabila tiba di inap desa menyebabkan dia berjanji akan memberikan kunci apabila tiba di lokasi.

"Apabila tiba di Pulau Pinang dari Kelantan, saya menghubungi orang itu menerusi WhatsApp namun tiada balasan. Kami terpaksa mencari penginapan lain dan mujurlah terjumpa inap desa yang ada kekosongan untuk 12 orang," katanya.

Sementara itu, pemilik inap desa di Kuala Terengganu, Dr Fazlli Patkar, berkata gambar inap desanya pernah digunakan penipu untuk mengumpan dan memperdaya mangsa.

"Saya menyedari perkara itu apabila ada dua kumpulan tetamu tiba di rumah inap saya pada hari yang sama. Satu kumpulan tetamu itu memaklumkan sudah membayar deposit kepada seseorang yang mengiklankan inap desa saya. Dia cuba hubungi individu itu, namun tidak berjawab," katanya.

Fazlli berkata, sekurang-kurangnya lima individu menghubunginya memaklumkan turut ditipu scammer ketika mahu membuat tempahan penginapan dalam talian dan dia yakin lebih ramai yang menjadi mangsa penipuan berkenaan.

Ditanya sama ada membuat laporan pada polis atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Fazlli berkata, kesnya tidak kukuh jika dilaporkan kerana tidak membabitkan kerugian di pihaknya.

"Mangsa ditipu kena laporkan pada polis. Itu lebih kukuh kerana ia membabitkan kerugian pada pihak mereka. Saya harap semua yang menjadi mangsa tampil melaporkan kepada polis," katanya.


Kredit : BH Online

Belajar komputer di rumah

| Posted in


Bagi tahun 2020 ini, pihak Kelas Belajar Komputer Dan ICT menawarkan sesi pembelajaran kursus secara "personal coaching" di rumah. 

Ianya khas untuk anda yang ingin belajar di dalam keselesaan rumah sendiri. Pengajar dan penganjur (Ahmad Zaki) akan datang ke rumah anda yang berada di kawasan tertentu sahaja sekitar Melaka, Selangor dan Kuala Lumpur.

Kursus jangka pendek yang ditawarkan melalui kaedah ini ialah :

Kursus Asas Komputer 
( kurang atau 6 jam - RM250 untuk kawasan Melaka ATAU RM280 bagi kawasan Selangor & Kuala Lumpur )

Kursus Bina & Selenggara Blog
( kurang atau 6 jam - RM250 untuk kawasan Melaka ATAU RM280 bagi kawasan Selangor & Kuala Lumpur )

Deposit RM100.00 perlu dibayar terlebih dahulu lebih awal sebelum tiba tarikh kursus. Sijil penyertaan akan diberi.

Komputer peribadi atau laptop disediakan oleh peserta sendiri.

Segala urusan harusnya melalui mesej Whatsapp agar segala bukti pembayaran dapat direkodkan.

KLIK ----» https://belajarkomputer.wasap.my untuk menghantar mesej melalui Whatsapp

Berikut merupakan cara-cara bagi menempah (membuat bayaran deposit yuran) untuk sesi belajar kursus-kursus jangka pendek yang dianjurkan dalam program Kelas Belajar Komputer Dan ICT

1) Pilih tarikh yang diinginkan.

2) Kemudian maklumkan pada penganjur / pengajar (Zaki), AWAL DUA HARI dari tarikh yang dipilih agar memudahkan pengaturan jadual.

3) Sekiranya jarak lokasi rumah peserta berbaloi untuk pengajar datang, serta tarikh berkenaan ada kekosongan, maka bakal peserta boleh membuat pembayaran tempahan (RM100.00) dengan segera bagi "cop kan" tarikh berkenaan hanya untuk peserta itu sahaja.

4) Setelah pembayaran tempahan dibuat, kemukakan gambar slip bank berkenaan pada whatsapp (Ol03400234) beserta dengan NAMA PENUH & NOMBOR KAD PENGENALAN (untuk dicetak pada sijil penyertaan).

5) Kursus bermula pada tarikh dan waktu yang dipilih dan peserta membuat pembayaran baki yuran pada hari berkenaan.

MyCar adalah pengangkutan rasmi bagi Tahun Melawat Malaysia 2020

| Posted in



MyCar telah dipilih oleh Kementerian Pelancongan dan Seni Budaya sebagai Rakan Pengangkutan Strategik bagi Tahun Melawat Malaysia 2020.

Kini, rakyat atau pelancong di Malaysia boleh menggunakan MyCar untuk kemana-mana destinasi di dalam Malaysia dan dapatkan diskaun RM 2 untuk tambang sehala dengan menggunakan kod promo MYVM2020 .

MyCar, aplikasi inovasi Malaysia untuk semua!

*Penebusan kod promo adalah terhad setiap hari .

#mycar #mycarmalaysia #ehailing #MYVM2020 #tourismmalaysia
#tahunmelawatmalaysia2020


MyCar - A free mobile app to book a ride now or reserve one in seconds. Get it here: App Store https://apple.co/2DgmhC8 or Google Play https://goo.gl/uFGNF1