ICT Niaga Enterprise: Profil Niaga

Profil Niaga

PENGENALAN

ICT Niaga Enterprise secara rasminya didaftarkan pada 07 Julai 2007 di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197), Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan nombor pendaftaran MA 0112568 – A.

ICT Niaga Enterprise merupakan sebuah syarikat dimiliki sepenuhnya Melayu serta berstatus milikan tunggal. Ia diuruskan oleh seorang lepasan Institut Teknologi Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur dan GIATMARA Kota Melaka, Melaka. Beliau mempunyai pengalaman lebih 8 tahun dalam bidang teknologi maklumat dan pengkomputeran pengguna akhir.

Perniagaan utama ICT Niaga Enterprise ialah servis sistem komputer dan multimedia. Namun, pelbagai keperluan perkhidmatan yang berkaitan komputer turut ditawarkan bagi melengkapi bidang keberhasilan yang memerlukan kepakaran dalam penyebaran teknologi maklumat secara menyeluruh khususnya dalam menyahut wawasan 2020 yang diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammad.

Hasrat pemilik ICT Niaga Enterprise untuk menjadi penyedia khidmat pengkomputeran yang unggul di Melaka, seterusnya ke pasaran global agar terlangsungnya memenuhi hasrat kerajaan Malaysia dalam menyasarkan penguasaan 30% Melayu (bumiputera) dalam bidang perniagaan ( ekonomi ).

Malah dengan prasarana dan mekanisma yang sentiasa diberi nilai tambah oleh kerajaan Malaysia, ICT Niaga Enterprise yakin bahawa ianya dapat di capai, bahkan ianya tidak mustahil boleh melebihi apa yang telah diunjurkan.

Dalam mencari keuntungan, ICT Niaga Enterprise tidak melupakan tanggungjawab sosial pada masyarakat luar bandar dengan memberikan perkhidmatan tahap tinggi pada kadar harga “mesra rakyat”.

Perkhidmatan ICT Niaga Enterprise beroperasi di Kelab Usahawan Giatmara Melaka, Tingkat 4, Kompleks Hang Tuah (Arked Jalan Hang Tuah), Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka.


OBJEKTIF

• Memperluaskan jaringan perkhidmatan antara bandar dan desa.

• Mewujudkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi pada kadar harga “mesra rakyat” bagi membolehkan masyarakat madani Malaysia terutamanya di Melaka, agar mereka mendapat perkhidmatan pengkomputeran yang berterusan.

• Menambahkan keberhasilan yang positif dari keadaan semasa dan akan datang melalui sebarang urusniaga yang halal agar keuntungan yang diperolehi dapat digunakan bagi mengembangkan syarikat serta pembangunan umat Islam secara total dengan membudayakan ilmu pada segenap lapisan rakyat.

• Menjadi usahawan yang mantap dan unggul di kalangan mereka yang cemerlang dalam bidang yang berkaitan.


BIDANG PERNIAGAAN

Teras perniagaan syarikat ini ialah servis sistem komputer dan jualan aksesori yang berkaitan. Namun, bagi memperluaskan perkhidmatan serta bersaing dalam pasaran setempat, ICT NIAGA ENTERPRISE turut menawarkan perkhidmatan seperti di bawah :

  • Tingkat upaya dan servis sistem komputer
  • Membina dan mengemaskini laman blog 
  • Menyimpan gambar dan dokumen ke cd / dvd
  • Merekacipta buku elektronik dan dokumen PDF
  • Membuat dan menjual kraftangan / cenderamata dan cenderahati
  • Menjual ebook pelbagai tajuk 
  • Pelbagai kursus berkenaan komputer dan ICT

MAKLUMAT PERNIAGAAN

Nama Perniagaan     :     ICT Niaga Enterprise

No.Pendaftaran        :     MA0112568-A

Tarikh Pendaftaran   :     07 Julai 2007

Alamat Perniagaan   :     Kelab Usahawan GIATMARA Melaka, Tingkat 4,
                                     Kompleks Hang Tuah, Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka

Jenis Perniagaan      :     Perkhidmatan / Peruncitan

No.Telefon              :     012 312 Tiga Tujuh Kosong Lima

E-mel                      :     ictniaga@hotmail.my

Blog                        :     ictniagaenterprise.blogspot.com


MAKLUMAT PEMILIK






Nama                   :    Ahmad Zaki Bin Abdul Rahim

Tarikh Lahir        :    02 Disember 1982

Warganegara       :    Malaysia

Bangsa                 :   Melayu

Agama                  :    Islam

Kursus / Seminar Yang Diikuti dan Pencapaian Peribadi   :
  • Mantan Panel Penasihat Industri Diploma Sains Komputer (Multimedia) di Unifield International College, Kampus A Famosa, Melaka (8 Disember 2014 hingga 7 Disember 2016.
  • Membantu dalam penyediaan lagu-lagu latihan untuk Siti Erinshahira Jamaluddin (JUARA) bagi pertandingan Bintang Kecil 2014.
  • Bengkel Kepimpinan Keusahawanan Kredit Mikro Bank Rakyat di Hotel Naza Melaka (13 November hingga 14 November 2013)
  • Kursus Asas Keusahawanan Peringkat Negeri Melaka 2013 di Beruang Hill Resort Melaka (01 November hingga 03 November 2013)
  • Penceramah Sesi Dialog Kerjaya IT di Kolej Komuniti Selandar (25 September 2013).
  • Membantu Khairul Idham Jamaluddin, Naib Juara Bintang Melaka FM 2012 dalam merancana serta mengatur persembahan pada peringkat akhir pertandingan sehingga memenangi "Persembahan Terbaik Bintang Melaka FM 2012" (November 2012)
  • Kursus Asas Usahawan Pasar Tani di Dewan Mesyuarat, Tingkat 9, UTC Melaka (18 Oktober 2012)
  • Penyediaan Laporan Tahunan (koperasi) di Hotel Suria City, Johor Bahru, Johor (03 - 05 April 2012)
  • Kursus Padanan Perniagaan (koperasi) di Hotel Riverview, Muar Johor (31 Oktober - 03 November 2011)
  • Kursus Mesyuarat Agung Koperasi, (18-22 April 2011)
  • Kursus Pengurusan Dan Pentadbiran Koperasi di Hotel Suria City, Johor Bahru Johor (9-10 Mac 2011)
  • Seminar Kerjaya Dan Keusahawanan MARA (6 Februari 2011)
  • Bengkel Jaringan Perniagaan Melalui Koperasi, GIATMARA Peringkat Zon Selatan di Hotel Seri Costa Melaka (24-26 Mac 2010)
  • Program Juara Rakyat dan Seminar Keusahawanan 2010 (27 Mac 2010)
  • Program Pembentukan Usahawan Teknikal di Hotel MITC Ancasa, Melaka (13 Mei - 22 Mei 2007)
  • Pembantu Juruteknik Sistem Komputer (Sijil Kemahiran Malaysia) di GIATMARA Kota Melaka, Melaka (Julai - Disember 2006)
  • Kursus Asas Baikpulih Komputer anjuran Kelab Kebajikan Kakitangan Jabatan Perkhidmatan Teknologi Maklumat di Kolej Yayasan Melaka. (Mei 2006)
  • Latihan Asas Sukarelawan Al-Falah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia di Silverpark Resort, Bukit Fraser, Pahang Darul Makmur. (19–21 April 2002)
  • Program Seminar Regional Pembangunan Insaniah dan Islamiah di KUB.com, Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur. (29 April 2001)
  • Kursus Bina Negara anjuran BIRO TATANEGARA di Kem Bina Negara, Meru, Klang, Selangor. (19-23 April 2001)
  • Diploma Teknologi Maklumat, Institut Teknologi Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur. (April 2001 – Disember 2004)

PENGALAMAN MENGENDALIKAN LATIHAN / CERAMAH

Tenaga Pengajar Program Perintisan Khas GIATMARA - EPU
(2009 - 2011) 

Penganjur dan Tenaga Pengajar bagi :

-Kursus Asas Kemahiran Komputer

-Kursus Asas dan Lanjutan Membina serta Selenggara Blog
(2008 - 2013)

Penceramah jemputan bagi program keusahawanan anjuran Kolej Komuniti Selandar, Melaka
(25 September 2013)

LAMPIRAN