ICT Niaga Enterprise: 2015

Daftar Kursus Asas Komputer - Free One XOX Simcard

| Posted in


Istimewa untuk bakal peserta kursus personal (jangka pendek) bagi Kursus Asas Komputer. ICT Niaga Enterprise, melalui Kelas Belajar Komputer Dan ICT telah membuat promosi untuk bakal peserta Kursus Asas Komputer.

Jika anda membuat pembayaran penuh semasa tempahan awal kursus berkenaan, anda akan mendapat simcard One XOX secara percuma.  Promosi ini terhad kepada 5 orang yang pertama sahaja setiap bulan.
Untuk rujukan mengenai Kursus Asas Komputer, sila klik ---> Kursus Asas Komputer

Untuk rujukan mengenai OneXOX, sila klik ---> Onexox Tanjung Rimau

Tajaan ICT Niaga Enterprise di Kejohanan Bowling Piala Tan Sri Mohd Ali Rustam 2015

| Posted in


ICT Niaga Enterprise telah membuat penajaan hadiah bagi kategori "Kumpulan Paling Ceria Dan Komited" di Kejohanan Bowling Piala Tan Sri Mohd Ali Rustam, Peringkat Pasar Tani FAMA Negeri Melaka 2015 yang berlangsung pada 9 April 2015 di Melaka International Bowling Center, MITC Ayer Keroh Melaka.

Kejohanan ini diadakan untuk menyatukan serta mengeratkan ukhwah seluruh peniaga dan usahawan di Pasar Tani seluruh Melaka dan menghimpunkan mereka dalam suasana yang ceria dan santai. 

  
k


Video preview Sistem Pengoperasian Windows 10

| Posted in


Tonton video yang memaparkan secara ringkas fungsi dalam sistem pengoperasian terkini dari Microsoft iaitu Windows 10 yang dijangka dikeluarkan untuk kegunaan pengguna umum pada awal 2015.






Menjadi Panel Penasihat Industri Diploma Sains Komputer (Multimedia)

| Posted in


Pada 15 Januari 2015 yang lalu, ICT Niaga Enterprise yang diwakili oleh pengasasnya iaitu Ahmad Zaki Abdul Rahim telah menghadiri mesyuarat pertama sebagai Panel Penilai Industri bersama pihak Unifield International College yang diwakili bahagian Manager of Quality & Development Centre, pensyarah-pensyarah Diploma Sains Komputer (Multimedia) dan juga ketua program diploma berkenaan.

Selepas mesyuarat, saudara Ahmad Zaki menghadiri sesi dialog dan motivasi dengan mahasiswa mahasiswi kolej berkenaan. Mereka dari Diploma Sains Komputer (Multimedia) dan kebanyakkan dari mereka akan menjalani latihan industri. Alhamdulilah, banyak nasihat serta perkara penting dapat disampaikan dalam sesi ini.






 
Suasana ketika menjawab soalan dari mahasiswa mahasiswi  dan menyampaikan nasihat serta motivasi kepada mereka. Bukan tugas yang mudah tetapi syukur ia dapat disempurnakan dengan baik.


 Antara kemudahan yang terdapat di Unifield International College



Untuk makluman semua, Unifield International College dahulunya dikenali sebagai Unifield Technology College, yang bertempat asal di pekan Alor Gajah, Melaka. Kini UIC berpengkalan di Beverly Hills Condominium, A'Famosa Resort Melaka.

WhatsApp dalam versi laman web

| Posted in


Buat kali pertamanya, berjuta-juta pengguna akan mempunyai keupayaan untuk menggunakan WhatsApp pada pelayar web. Penggunaan di laman web adalah lanjutan perkhidmatan daripada telefon pintar anda.

Merlalui versi laman web, ia mencerminkan setiap perbualan dan mesej dari peranti mudah alih anda juga terdapat di laman web. Ini bermakna semua mesej anda masih dapat diakses pada telefon mudah alih (telefon pintar) dan juga melalui laman web.

Untuk menyambungkan versi WhatsApp di pelayar web dengan akaun pelanggan WhatsApp yang sedia ada, hanya buka pautan https://web.whatsapp.com. Tetapi buat masa ini ianya hanya boleh dilayari oleh pelayar web jenama Google Chrome.
  
Anda kini boleh menghubungkan WhatsApp pada telefon pintar anda dengan pelanggan web WhatsApp. Telefon pintar anda perlu terus mempunyai sambungan ke internet untuk menggunakan versi laman web ini dan sila pastikan anda memasang versi terbaru WhatsApp pada telefon pintar anda.  

Sedikit mendukacitakan, buat masa ini, pihak pembangun WhatsApp tidak menyediakan kemudahan untuk pengguna laman web bagi pengguna sistem iOS kerana batasan yang ada pada platform Apple.