Tambahan memori pada peranti Android | ICT Niaga Enterprise

Tambahan memori pada peranti Android

| Posted in

 
Kingston menawarkan sesuatu yang baharu kepada pengguna apabila memperkenalkan peranti sokongan memori kepada telefon pintar dan tablet yang menggunakan platform Android™, DataTraveler® microDuo (DT microDuo). Merupakan gabungan USB dan pemacu singkat (flash drive) USB mikro, DT microDuo direka lebih kecil tetapi mampu menawarkan ruangan penyimpanan yang besar.

Unit penyimpanan DT microDuo mampu mencecah sehingga 64GB merupakan antara kelebihan yang ditawarkan yang amat berguna kepada pemilik peranti Android™ seperti telefon pintar dan tablet. Tambahan pula, kedua-dua peranti tersebut kini semakin kurang dihasilkan engan kelebihan slot kad mikro SD.

Pemacu itu boleh digunakan bersama mana-mana peranti yang memiliki USB OTG (On-The-Go) dengan kemudahan dua hala membolehkan penggunanya memindahkan data tanpa perlu disambung kepada komputer. Kebanyakan telefon pintar dan tablet android™ masa kini digunakan untuk merakam lebih banyak imej dan video definisi tinggi (HD) pada kadar resolusi yang tinggi menjadikan ruangan memori sedia ada tidak mencukupi. Malah, terdapat sesetengah peranti itu mampu merakamkan video 4K menjadikan penggunaan pemacu binaan luar tersebut amat relevan.

Menurut Pengarah Jualan Rantau Asia Pasifik Kingston, Nathan Su, DT microDuo merupakan peneman terbaik kepada telefon pintar atau tablet. “Gajet ini membantu pengguna menyimpan data dengan lebih selamat ketika bergerak, menyediakan ruangan yang lebih besar serta memudahkan tugas memindahkan data antara peranti. Bersama gaya dan reka bentuknya yang memiliki gegelung utama binaan dalam dan juga penutup yang boleh dipusing menjadikan DT microDuo antara unit penyimpan data yang amat sesuai untuk dibawa ke mana-mana juga anda pergi,"ujarnya.

Katanya, pengembara boleh membawa bersama segala muzik serta video kegemaran mereka dalam perjalanan sama ada melancong mahupun melaksanakan tugasan kerja tanpa perlu risau memori peranti mereka sarat dengan data tersebut. DT microDuo tersedia dalam tiga kategori storan iaitu 8GB, 16GB, 32GB dan 64GB dan untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web Kingston di www.kingston.com/otg/compatibility.


*Sumber : Utusan Online